Beronggeng rokiah di Air Terjun Cemerong

Share : Share on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Pin on Pinterest0

Salam semua~ Semalam daku & family terchenta pergi berkelah & mandi-manda kat Air Terjun Cemerong. Ade orang cakap Air Terjun Cemerong ni tertinggi kat Asia. Tapi me pun tak sure, sila tanya pada yang pakar la ye.

Air Terjun Cemerong ni kat area Kampung Pasir Raja. *berdasarkan signboard yang kelihatan tepi jalan* Nak bagi map pun tak boleh, sebab daku bukan jenis yang kenal jalan sangat. Mihmihmih. Senang cite, kalau korang nampak signboard ‘Air Terjun Cemerong‘ yang 1st tu, masuk simpang tu, and kena drive dalam 30km lagi. Jauh kot baru sampai. Kiri kanan sume hutan belantara & ladang kelapa sawit.

Air Terjun Cemerong

Ni memula kitorang sampai di Air Terjun Cemerong. Siap bawak bekal sate+kuah kacang+nasi himpit ha! :p Kitorang gerak pukul 1 gitu, pastu sampai pukul 3 or 4 petang kot. Before masuk sini, kena lapor diri kat pondok pengawal dulu. Siap ade macam guard yang jaga, kot2 hujan or bahaye, dia tak kasi mandi. *fenomena kepala air*

Hutan Lipur Cemerong

Air Terjun Cemerong punye persekitaran pun cantik & bersih. Macam biasa la, ade pondok2 tuk berehat, toilet & tempat tukar baju, taman permainan untuk bebudak & mak budak. :p Cafe pun ade, tapi tak singgah la pulak. Ade dua kawasan; air terjun & kawasan untuk berkhemah.

Air Terjun Cemerong - Berkelah Bersama Keluarga

Seriously, Air Terjun Cemerong ni SANGAT CANTIK! Jernih amat! Sejuk banget! *kemaen eksaited* Tempat ni banyak batu, bahaya sikit bagi bebudak, sebab licin. Tapi takde kemalangan jiwa or ape la berlaku semalam. Hehe. Sampai2 je sini, terus terjun lam air. Tak sabar! Air Terjun Cemerong ni antara tempat yang sangat direkemen bagi sape2 nak berkelah or berkhemah. Bebudak laki sibuk g kat area air terjun belah atas, daku tak berani nak ikut. Kitorang berendam tak lama sangat, sebab hujan. -__-“

Air Terjun Cemerong - Balik

Dah settle tukar baju ape semua, kitorang pun siap2 nak gerak balik. Sempat la melenjan camera dulu ngan aksi2 sengal. :p Btw, kitorang siap bawak hincek sugar glider sekali datang sini u~ Kekeke. Oh! Actually, me lupa bawak seluar spare. -.-” So, terpaksa la pakai kain batik. *ala2 pompuan melayu terakhir*

Air Terjun Cemerong - Makan

Before sampai rumah, kitorang sempat menambah lemak kejap kat kedai member abang. Den terpaksa tebalkan muka masuk kedai makan pakai kain batik. -__-” After kenyang, zaasssssss! Kitorang pun gerak balik dengan jayanya. Haruslah semua terbongkang dalam kete tu.

Air Terjun Cemerong - Chikicicok

Nah! Bonus*rase nak lempang diri sendiri* Nak buat jadi dp for twitter of pesbuk, tggu la bebila tukau. Blog den, sah2 la den taruk gambar sendirin berhad bebanyak kan. Mane tahu heenim ku sayang sesat masuk blog ni ke. Miahahaha XD *harapaaaan la* Okeh!~ Babai <3

Air Terjun Cemerong, Terengganu | Chikicicok.com
Semalam daku dan family terchenta pergi berkelah dan mandi-manda kt Air Terjun Cemerong, Terengganu. Ade orang cakap air terjun ni tertinggi kat Asia.
Air Terjun Cemerong

Share : Share on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Pin on Pinterest0
  • http://mizmizza.blogspot.com mizz

    boleh plk u lupa bwk seluar spare ek, mcm kelakar je u msk kdi mkn pki kain batik..hehehe

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      =)) itu la. kak mie salah kasi info ;___;
      comel la. sume manusia tengok :”>