Salam~ Ye, blog ni masih wujud & bernyawa lagi ye tuan2 dan puan2, walaupoooooon nambelas-tahun-sekali-update. Hahaha. So, nak dijadikan ceghita la kan, beta baru je lepas layan movie Ada Apa Dengan Cinta aka AADC dekat utube tadi. Auuww~ Syahdu benor je nonton movie lelama ni kan? Hihi. AADC ni movie tahun 2002 kalau tak silap. Time tu beta baru umor 15 tahun! Deman AADC ni kemaen la melanda Malaysia time tu. Semua nak jadi & nak tukau nama jadi Cinta, pastu semua nak pakwe kachak macam Rangga. Hahaha.
Gitewww la poster AADC. Ku google tadi, bersepah AADC version manusia2 lain yang keluor. Rasenye semua bebudak sebaya dengan beta mesti layan movie ni kan dedulu? Nak kena menyinopsiskan jugok ke movie ni? Moh le kite.
Cinta (Dian Sastrowardoyo) ni pelajar yang agak fofuleer gitu kat sekolah. Dia ada geng
bas sekolahsehidup semati sejiwa; Alya (ada family yang bermasalah, ayah die selalu gaduh, pukul maknye & die), Maura (suka melawa orangnya, ceria), Milly (bodo2 alang, kelako, comel) & Karme (kasar, tomboi & suka bersukan). Diorang ni tak pernah sorok apa2 from each other, share problems & sangat rapat. Nak dijadikan cerita, Cinta ni kenal la dengan Rangga (Nicholas Saputra) si cowok ganteng. Kenal pon sebab puisi mamat ni menang dalam contest kat sekolah diorang. Memula diorang dua ni berbeza pendapat, gaduh je manjang. Lelama, tersuka puloooop. Tapi hubungan diorang ada problem, sebab Cinta konpius nak pilih persahabatan or cinta. So….. G la nengok sendiri! *malas nak taip panjang2 dah sebenarnya*
Bagi manusia berjiwa sastera ala2 sasterawan negara mesti suka AADC ni. Yang tak berjiwa seni pon same jugak *diri sendiri*. Haha. Tang puisi diorang tu yang best sebenarnya. Yang ku lari ke hutan & perempuan tu best. Puisi dak Cinta takde la terkesan sangat :p
Dian & Nicholas ni macam dah lama je senyap, tatau la jugak sebab beta pun dah lama tak layan movie Indo ni. Korea je banyak ha. Hihi. Kalau sesapa rindu dekat Cinta & Rangga kachak ni or berkenan nak tengok movie Ada Apa Dengan Cinta ni, sila la usha link youtube kat bawah ni ye. Pastu jangan duk berangan pulak lepas tu. Haha.
Nanti wa hapdet lagi eh. Sibuk duk buat doorgift tuk kenduri adik sebenarnya, tu takde masa nak ngadap blog. *chewwaah, kemaen alasan. hahaha* Kang wa hapdet pasal doorgift tu eh. Daaa~ <3

Rangga, Bila emosi mengalahkan logika, terbuktikan banyakan ruginya. Benerkan? – Cinta






