Resepi Pavlova – Si Manis Pavlova

Share : Share on Facebook74Share on Google+2Tweet about this on Twitter2Pin on Pinterest0

Salam~ Sebenarnye dah lame duk google resepi pavlova ni, tapi semalam baru rase nak buat. Ni pun 2 kali buat baru jadi. -_-” Tapi jadi tak jadi sangat la. Boleeee laaa~~~ Pavlova ni antara dessert yang tengah in la sekarang, selain macarons tu.

Pavlova is a meringue-based dessert named after the Russian ballet dancer Anna Pavlova. It is a meringue dessert with a crisp crust and soft, light inside.
(source : jejaka kachak bernama wikiwikiwakawaka eh eh~)

Name orang rupenye pavlova neh. Majoriti resepi pavlova yang daku jumpe same je ingredients nye. Tapi hasil die agak lain2, ade yang lembut, ade yang keras sikit, etc. Macam den jugak, 1st pavlova den lembik. -_-” Bukan la lembik macam adunan die ke ape, just tak berapa nak menjadi la. Resepi pavlova yang 2nd, oke sikit. Ade la rupe pavlova tu ye dok? So, ayuhla kite menengok resepi pavlova mr. lovalova ni.

Bahan-bahan resepi pavlova:
  • 4 biji putih telur
  • Secawan gula kastor (Kurangkan untuk elak manis sangat)
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu besar esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
  • 1 sudu besar cuka masakan
Cara-cara buat :
  • Panaskan oven dulu (150 darjah celcius) dan biarkan
  • Pukul putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi ‘soft peak form’
  • Then, masukkan gula kastor sikit demi sedikit. Putar lagi dengan kelajuan tinggi sampai adunan jadi putih berkilat dan bertanduk. Kalau korang terbalikkan bekas adunan tu, mende alah tu tak tergolek jatuh.
  • Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  • Pastu masukkan tepung jagung & cuka, gaul dan ratakan pakai spatula or senduk.
  • Tuang or pipingkan adunan atas baking paper. Nak lukis bulatan dulu atas paper tu pon boleh, daku just tuang terus je. Muehehee
  • Ratakan biar jadi bulat or ape2 bentuk yang berkenan di hati. Ramai yang buat bahagian tepi tu lebih tinggi dari bahagian dalam, ala2 tebing. Tapi ikut suke korang la nak buat bentuk macam mane.
  • Masukkan adunan ke dalam oven, letak rak tengah. Masak selama 1 jam 15 minit dengan suhu 140 darjah celcius. (ekceli, masa masak ni bergantung kepada oven kita jugak. Kalau dah lebih 1 jam, korang tengok warna adunan dah kuning2 and rasa dah garing or crispy, dah masak la tu. Kalau tak, lebihkan masa bakar tu.)
  • Bila dah masak, offkan oven. TAPI jangan keluarkan lagi mende alah tu from oven. Biar die duk dalam tu lebih kurang 10 minit, regangkan sikit pintu oven. Dah sejuk, boleh keluarkan.
Cara hias pavlova:
  • Pukul whipping cream (boleh beli dekat kedai kek) sampai kental.
  • Then, masukkan gula aising secukup rasa dan sedikit esen vanilla.
  • Pastu potong buah strawberi, anggur, kiwi, blueberry, blackberry, etc.
  • Boleh la taruk cream atas pavlova yang dah masak tadi & susun potongan buah2 tersebut. Siaaap!~
Tips resepi pavlova :
  • Time asingkan putih telur tu, pastikan betul2 takde kuning telur yang termasuk, terloncat, tergatal nak masuk dalam tu. Karang, idok la naik adunannye.
  • Pastikan dalam bekas korang nak putar adunan tu, takde sebarang air or minyak or bahan asing.
  • Sesetengah resepi, diorang gantikan tepung jagung & cuka tu dengan cream of tartar. *nanti i try*
  • Some resepi, bakar pakai api bawah aje. Ade yang pakai api atas bawah. Korang tengok la yang mane sesuai dengan oven korang.

resepi pavlovaAntara bahan yang digunakan untuk resepi pavlova

adunan bertandukRupa adunan yang bertanduk

pavlova sebelum bakarTuangkan adunan ke atas baking paper

pavlova siap bakarSiap bakar!~ Luar die kaler coklat2 kuning gitu, tengah tu bila tekan lembut2 je rase.

pavlova siap hiasBoleh la hias dengan buah ape korang nak. Den malas, taruk anggur je semua.

pavlova

pavlova siapDah siap dikerjakan oleh manusia2 kat rumah.

Pavlova ni tak berapa sesuai untuk sape2 yang ade diabetes ke orang2 tua ke, sebab manis sangat. Tak pun, time buat tu, letak gula sikit je. Kalau tak, korang pun boleh dapat diabetes tu sekali. Tekstur pavlova ni ringan & lembut banget! Tapi den punya ni, letak lam peti ais, so dia jadi macam puding roti sikit -.-” Lagi satu, cream dia tu takyah letak melampaui batas macam den punya kat atas tu. Kureng rase pavlova tu karang.

So, kalau nak makan pavlova ni, takyah la makan hari2. Mau darah tinggi ko karang. Ingat nak buat lagi, sebab macam tak bape puas hati dengan resepi pavlova ni. Isk. Tengok la kalau rajin. Huhu. Okaaii!~ Selamat menteraaiii~ Bye!

Resepi Pavlova - Si Manis Pavlova
by
Pavlova ni antara dessert yang tengah in la sekarang, selain macarons tu. So, ayuhla kite mencuba resepi pavlova yang menggoda hati dan sanubari ni.
Ingredients:
  • 4 biji putih telur
  • Secawan gula kastor
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar cuka masakan
  • whipping cream
Instructions:
Panaskan oven dulu (150 darjah celcius) dan biarkan. Pukul putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi 'soft peak form' Masukkan gula kastor sikit demi sedikit. Putar lagi dengan kelajuan tinggi sampai adunan jadi putih berkilat dan bertanduk. Kalau korang terbalikkan bekas adunan tu, mende alah tu tak tergolek jatuh. Masukkan esen vanilla dan putar lagi. Pastu masukkan tepung jagung & cuka, gaul dan ratakan pakai spatula or senduk. Tuang or pipingkan adunan atas baking paper. Ratakan biar jadi bulat or ape2 bentuk yang berkenan di hati. Ramai yang buat bahagian tepi tu lebih tinggi dari bahagian dalam, ala2 tebing. Masukkan adunan ke dalam oven, letak rak tengah. Masak selama 1 jam 15 minit dengan suhu 140 darjah celcius. Bila dah masak, offkan oven. TAPI jangan keluarkan lagi mende alah tu from oven. Biar die duk dalam tu lebih kurang 10 minit, regangkan sikit pintu oven. Dah sejuk, boleh keluarkan. Pukul whipping cream (boleh beli dekat kedai kek) sampai kental. Then, masukkan gula aising secukup rasa dan sedikit esen vanilla. Pastu potong buah strawberi, anggur, kiwi, blueberry, blackberry, etc. Boleh la taruk cream atas pavlova yang dah masak tadi & susun potongan buah2 tersebut.
Share : Share on Facebook74Share on Google+2Tweet about this on Twitter2Pin on Pinterest0
  • faizal

    cantik juga.. terima kasih untuk resipi, boleh saya buatkan untuk isteri saya.. cume ingin saya tegurkan di sini ialah tulis la salam dengan betul ye.. Assalamualaikum.. semekom tu tak ada makna.. salam itu doa..

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      same2^^~
      btw, thanx utk teguran tu. ^_^
      will change it later ya. hihi

  • nurul

    nk tnya….knapa pavlova yg sy buat bhgn dlm nye msih lg lembab n mcm xmsak?????sdg kn bhgn luar dh ok wpn bhgn tepi 2 dh kras……

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      hye^^ ni 1st try ke?
      me pon cmtu jugak dulu.
      maybe sukatan xkena, or terlebih pukul adunan tu.
      ikut je semua step2 tu
      klu sume betul, pavlova jadi oke je nanti ^^~

  • http://www.azmiraazmira.blogspot.com Putri

    Wah . macam senang je kak buat pavlova .
    sy xpenah mkn .. nmpk mcm sedap
    nk try lah nnti

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      aah. senang aje, bahan pun xbanyak.
      try2. sedap. tapi manis nau ><”

  • arifffVaVo

    Klau termasuk telur kuning macm mana sis?

    • https://plus.google.com/112451276833487162673?rel=author chikicicok echaa

      nanti putih telur tu tak menjadi.
      memang kena pastikan xde kuning telur

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      nanti putih telur tu tak menjadi.
      memang kena pastikan xde kuning telur

  • tika zarin

    sis, kalau kita buat kat rumah, n nak bawak balik tempat lain, bertahan tak ?? contoth dari melaka ke shah alam ??

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      insyaAllah tahan je. tapi takut tang topping kt atas tu je la cair kang. letak dalam bekas & pastikan suhu tak panas la nnti.

  • himalaya..

    kat tengah tu lembut cmna..
    kalau cucuk dgn lidi basah kew…
    sbb pernah buat tp xjd..
    tepi semua jadi keras seolah2 gula dikerangkan..
    so tu yang buat risau…hurmm…cmna yew???

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      alamak, bab pavlova ni susah skit nak bagi komen
      xde, tak basah kalau cucuk dengan lidi
      die lembut2 mcm marshmallow gitu
      tepi memang agak keras, kadang2 retak or mcm nak pecah. tp tu dah biasa.

      pavlova ni saye pun banyak kali try baru betul2 jadi dear ^^

  • alyssa

    u bakar ikut suhu tu x hangus ke? I buat da brp kali,msti hangus abis bawah die. tu pun da turunkan suhu smpai 100°. mmg guna api bwh je,takut atas bawah hangus pulak nnt. any tips?

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      salam alyssa
      yang part bakar ni, memang based on oven yg kita pakai tu. beza-beza sebenarnya
      ada yang i pernah tgk resepi, pakai suhu sampai 250 kot ><"

      takpun, boleh letak dekat rak tengah
      pakai api atas bawah pun boleh, nanti xde la panas die tu tumpu kat area bawah je. :)

  • ain

    Salam, kak nak tny, kalu letak cream of tartar berape byk ye, sebb kt rumah ad yg nie xd cuke, sng ;) thanks

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      Salam ain^^
      Letak secubit aje cream of tartar tu
      Kalau ada yg sudu penyukat tu, letak 1/8 dari sudu, kalau takde just taruk secubit je.

  • monaliza

    semalam try buat, tapi bakar atas a4 paper, bila dah masak and keluar kan, dia melekat atas a4 paper tu and dia mcm liat sikit, how? please bgtw!

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      Hai Monaliza,
      Kalau atas a4 paper takut die xberminyak or bergris macam baking paper, maybe tu pasal pavlova tu melekat.
      Cuba tukar pakai baking paper atau griskan a4 paper tu dgn butter/majerin dulu :)

      • Nur Mazni

        Salam..jgn gris dgn butter or marjerin..mmh xkan menjadj pavlova tu..sbb pavlova ni sensitif sgt dgn benda asing..boleh je nk guna kertas a4 tp make sure pavlova betol2 masak n betol2 sejuk baru bley kuarkan..senang je pavlova tu lekang..just tu share pengalaman..hehe

        • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

          Salam nur mazni ^^
          Thanx for da info. Hihi. Nanti boleh praktikkan tips ni :)

  • Adilah Manaf Celik Vitamin

    Wow, nampak sedap betul pavlova ni. Hari tu kawan saya bawak dapat merasa sikit je. Lepas ni nak cuba buat sendiri lah. Terima kasih berkongsi resepi ni. :)

    Punca Dan Tips Rawatan Bagi Demam Denggi.

  • mrspotato

    rasanya dah ada, tapi tak menjadi langsung laa. ):

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      Alamak mrspotato, awat xmenjadi? tak naik ke cane? Mula2 buat dulu pun tak berapa jadi jugak. Wuwuwu

  • ummi aqif

    dah lama nak cuba buat…ingatkan payah…

    nak cuba lah!

    http://ummiaqif.blogspot.com

  • http://shahidaahmad86.blogspot.com asma shahida bt ahmad

    tq sis for sharing :)
    tak sabar nak cuba, suka sgt2 mkn pavlova tp xreti buat. hehe

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      welcome :)
      buat la, nanti hari2 boleh makan pavlova. hihi

  • suee

    As salam….nk tny, guna telur gred A ke?

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      salam :)
      Yup, kebanyakkan resepi memang guna telur gred A