Resepi Moist Choc Cake Mudah

Share : Share on Facebook0Share on Google+1Tweet about this on Twitter0Pin on Pinterest0

Salam uols~ Minggu ni asyik mengidam nak makan coklat je manjang. *badan pun makin ‘kurus’* So, semalam skodeng-skodeng la resepi moist choc cake ni kat internet, dapat banyak jenis resepi la pulak; pakai lain-lain bahan. Nak dijadikan cerita, den amek resepi moist choc cake yang paling senang, cepat, pantas, mudah dan gebus! Ayuh kite ke dapur chikicicok!

Bahan-bahan resepi moist choc cake :
  • 1 cawan serbuk coklat (diayak)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan majerin/butter (cairkan dulu)
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/4 cawan tepung superfine
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur (pukul sampai kembang)

Cara buat moist choc cake :
  • Sapukan loyang dengan butter dan panaskan kukusan.
  • Satukan  serbuk coklat, gula pasir, butter dan susu cair ke dalam mangkuk.
  • Panaskan bahan tadi atas api sederhana sampai gula larut. *jangan kasi gula tu hangus sudah*
  • Angkat dan sejukkan bahan tadi.
  • Sementara tunggu adunan tadi sejuk, boleh ayak laju-laju campuran tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
  • Setelah adunan memula tadi sejuk, tuangkan susu pekat dalam adunan tu & gaul sampai sebati.
  • Pastu, masukkan telur yang dipukul kembang semangkuk tadi pulak & gaul lagi.
  • Tuangkan seluruh adunan tadi ke dalam campuran tepung yang di ayak tadi. Gaul slow2 sampai sebati.
  • Dah boleh tuang adunan tadi ke dalam loyang.
  • Kukus selama 1 jam or sehingga masak.
  • Done! Dah boleh makan dah.

Sonang bukan resepi moist choc cake ni? Hehe. I memang suke resepi yang cepat ni. Lagipun, untuk kek kali ni, tak buat pun die punye choc ganache tu. *malas* Sape2 yang rajin nak hias atas moist choc cake ni, boleh la google cara buat choc ganache tu, or kalau nak senang, just masak cooking choc tu and curah je atas kek tu nanti.

cara buat moist chocolate cakeRupa adunan before di kukus oleh si pengukus

resepi kek chocolate moistDaku ade tambah choc chips sikit dalam resepi moist choc cake ni

resepi moist choc cakeTadaa!! Ni la wajah moist choc cake yang daku buat

Sebab malas nak curah choc ganache atas kek ni, jadi tak bape nak cantik la rupe parasnye. -_-” Tapi asalkan rasenye sodap hingga menjilat bulu ketiak, okeletteww~ *tepuk belakang sendiri dengan bangga nya*. Sila pegi cuba resepi moist choc cake ni laju-laju kat dapur pliss! Hehe.

Resepi Moist Chocolate Cake Mudah
by
Minggu ni asyik duk mengidam nak makan coklat je manjang. Semalam duk godeh2 resepi moist chocolate cake ni kat internet, dapat banyak jenis resepi la pulak
Ingredients:
  • 1 cawan serbuk coklat
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan majerin
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/4 cawan tepung superfine
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur
Share : Share on Facebook0Share on Google+1Tweet about this on Twitter0Pin on Pinterest0
  • WANIE

    sdap sgt,,dh try dh,,,sy ni lak mmg pengemar coklat,,,,siap tuang syrup coklat lg ats 2,,umph,,mmg sdp

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      wah! me xpernah pakai choc syrup ><”
      nanti la nak try, senang sikit kan.
      hehe

  • Niley

    if ganti ngan serbuk koko boleh:

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      serbuk koko or serbuk coklat tu sama je dear ^^