Resepi Cupcake Mudah

Sharing is caring :

Salam~Alang2 raya haji dah dekat, kasi salam aidiladha sekali la yek. Kali ni nak share resepi cupcake mudah dan pantas! Memandangkan eden selalu je lapar kat rumah, pastu macam dah lame je tak membuat acara baking2 bagai ni, tu yang meghajinkan diri try resepi cupcake mudah ni.  Banyak dapat resepi cupcake yang berbeza-beza, daku ambik resepi cupcake yang senang & cepat! Comel, sedap, lazat & lemak berkrim pulak tu. Cane nak buat?

Bahan-bahan resepi cupcake mudah :
  •  150 gram mentega (den pakai buttercup)
  • 185 gram tepung menaiki diri sendiri naik sendiri
  • 150 gram gula kastor
  • 1/2 sudu kecik soda bikarbonat
  • 3 bijik telur
  • 1 sudu kecik esen vanila
Bahan untuk butter icing :
  • 250 gram mentega (1 pek buttercup)
  • 150 gram shortening (lemak sayuran)
  • 250 gram gula icing (ayak sambil berkayak) – boleh kurangkan ikut sedap tekak
  • 2 sudu besau susu segar *optional*
  • pewarna sesedap rasa ekauu
Cara buat cupcake :
  • Panaskan oven , pakai suhu 180°C
  • Ayak hincek tepung dengan soda bikarbonat, ketepikan
  • Memula, pukul mentega dengan gula kastor sampai kembang (warna putih2 gitu)
  • Masuk telur sebijik demi sebijik dan esen vanila. Sambung pukul lagi
  • Masukkan tepung yang dah di ayak sekali dengan soda bikarbonat tadi slow & adun sampai sebati. (time adun ni, mixer tu pakai kelajuan yang paling slow)
  • Dah setel, kalau korang nak taruk choc chips sebagai penambah perisa pun boleh. Den ade parut choc cadbury tu and masukkan dalam adunan. Gaul pakai spatula je.
  • Pastu, boleh terus masuk dalam cawan kertas (souffle cup). Letak separuh je or 3/4 dari cawan tu.
  • Bakar lebih kurang 10 – 15 minit, suhu 180°C
  • Untuk butter icing pulak, pukul mentega, gula icing & shortening sampai kembang dan putih.
  • Kalau korang nampak adunan tu tak berapa nak lembut, masukkan susu segar. Kalau buat time cuaca panas, takyah masuk susu sebab adunan tu akan lembut sendirian berhad.
  • Bahagikan adunan ikut bilangan warna yang korang nak, titiskan pewarna & kacau.
  • Pastikan cupcake betul2 sejuk before letak butter icing. Boleh deco pakai segala jenis hiasan yang disukai.

adunan cupcakeRupa adunan kachak beta

adunan butter icingNi pulak butter icing yang dah siap dikaler2kan

cupcake dah masakCupcakes yang setel di bakau

resepi cupcakeTadaaaaa!~

Begitulah rupa cupcake den yang dah setel di deco oleh eden dan adik. Memandangkan memang tak pernah pegi kelas buat cupcake or deco bagai, memang la hasil dia tak berapa nak cantik. Yang penting, sodaaap! Tinggal bape ketui je lagi dalam peti ais tu. Ingat nanti nak try buat fancy cookies or sugar cookies tu pulak. Nampak macam comel je. Tengok kerajinan la. Okelah, nak sambung makan cupcake comel i. Sila la mencuba resepi cupcake mudah ni ye. Babai! <3

resepi cupcake mudah

Resepi Cupcake Mudah
Resepi Cupcake Mudah
by
Kali ni nak update pasal resepi cupcake mudah. Senang je ye mak jemah sekalian. Comel, sedap, lazat & lemak berkrim pulak tu. Cane nak buat? Meh sini meh.
Ingredients:
  • 150 gram mentega
  • 185 gram tepung naik sendiri
  • 150 gram gula kastor
  • 1/2 sudu kecik soda bikarbonat
  • 3 bijik telur
  • 1 sudu kecik esen vanila
  • 250 gram mentega
  • 150 gram shortening
  • 250 gram gula icing
  • 2 sudu besau susu segar
  • pewarna
Instructions:
Panaskan oven , pakai suhu 180°C Ayak tepung dengan soda bikarbonat, ketepikan Memula, pukul mentega dengan gula kastor sampai kembang (warna putih2 gitu) Masuk telur sebijik demi sebijik dan esen vanila. Sambung pukul lagi Masukkan tepung yang dah di ayak sekali dengan soda bikarbonat tadi slow & adun sampai sebati. (time adun ni, mixer tu pakai kelajuan yang paling slow) Dah setel, kalau korang nak taruk choc chips sebagai penambah perisa pun boleh. Den ade parut choc cadbury tu and masukkan dalam adunan. Gaul pakai spatula je. Pastu, boleh terus masuk dalam cawan kertas (souffle cup). Letak separuh je or 3/4 dari cawan tu. Bakar lebih kurang 10 - 15 minit, suhu 180°C Untuk butter icing pulak, pukul mentega, gula icing & shortening sampai kembang dan putih. Kalau korang nampak adunan tu tak berapa nak lembut, masukkan susu segar. Kalau buat time cuaca panas, takyah masuk susu sebab adunan tu akan lembut sendirian berhad. Bahagikan adunan ikut bilangan warna yang korang nak, titiskan pewarna & kacau. Pastikan cupcake betul2 sejuk before letak butter icing. Boleh deco pakai segala jenis hiasan yang disukai.
« Previous Post
« Kuah Rojak Petis *nyumnyum*

Next Post »

Purikura di Melaka »
  • Syahmie

    salam. nk tnya. klau ikut isipadu resepi nie agk2 brp bjik cupcake bleh dpt ?

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      salam^^ boleh dapat dalam 20 bijik gitu kalau tak silap
      depends banyak mane u letak adunan dalam cup time nak bakar and size cup tu jugak.

  • Asyikin

    telur yg dgunakn tu gred apa ek?

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      telur yang biasa tu je, yang jual sepapan terus tu. hihi. gred A lagi bagus kalau pakai.