Resepi Biskut Mama Carrie

Sharing is caring :

Salam! Mama Carrie yaw! *Careless, careless. Shoot anonymous, anonymousHeartless, mindless. No one who care about me?* Abaikan lirik tersebut kalau korang xminat kpop. Berbalik kepada biskut mama carrie kite, oleh kerana raya dah nak dekat, aktiviti wajib kat rumah sah2 la membuat segala jenis kuih raya yang wujud di alam semesta ni. Sebenarnya malas nak buat awal2, tapi hincek abah duk bebel2 suruh buat, maka anakmu terpaksa merajinkan diri  ini.

Kompom korang selalu nampak or makan biskut mama carrie junior ni kan?  Tapi yang den selalu makan dulu, ade rase susu tepung rasanya. Tapi yang ni, den tak letak, sebab tak suka susu. So, ayuhlah kita ke dapur chikicicok!

Bahan-bahan biskut mama carrie :
  • 300 gram mentega (buttercup/planta/etc)
  • 380 gram tepung gandum
  • 130 gram tepung jagung
  • 100 gram gula icing + 3 sudu besar gula pasir
  • 1 biji putih telur
  • 100 gram gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung
*bahan yang bawah (3 bahan) untuk icing. harap maklong*
Cara-cara buat icing :
  • Memula pukul putih telur pakai mixer sampai gebu.
  • Then masukkan tepung jagung 1 sudu besar and sambung pukul lagi.
  • Last sekali, masukkan gula icing dan putar sampai pekat. *jangan lame nau, nanti cair, pastu meleleh2 time letak atas kuih tu. btw, pukul pakai high speed dari awal sampai akhir*
  • Cedok 1 sudu adunan & titiskan sedikit pewarna. *untuk corak, boleh buat banyak kaler, ikut sesedap rasa*
Cara-cara buat doh :
  • Ayak tepung gandum & tepung jagung. Ketepikan, ketengahkan or kebelakangkan pun takpe.
  • Pukul mentega dengan gula sampai kembang setaman.
  • Masukkan campuran tepung yang dah diayak tadi sikit demi sedikit.
  • Pastu uli adunan tadi pakai tangan *takkan nak pakai kaki ye dok? :p* hingga boleh dibentuk dan tak melekat2 kat tangan or bekas.
  • Dah boleh canai or gelek adunan tadi, then terap pakai bentuk yang korang nak.
  • Pipekan or sapu icing atas nya dan lorek or lukis la corak ape2 atas tu.
  • Bakar dalam 20 minit, 180 celcius. Kalau pakai yang oven dapur tu, pakai api slow aje.
Pesanan penaja *ewaahh*
  • Macam biasa la, oven tu ikut jenis jugak. So, kalau kuih lembik lagi, lebihkan masa bakar.
  • Dia punya doh tu boleh buat perisa macam2 jugak, just tambah perisa *eg: strawberry* dan pewarna before masuk tepung tu.
  • Me ade tambah esen vanilla sikit dalam adunan tu *kasi wangi sikit*
resepi mama carrieProses membuat mama carrie

cara lukis corak atas mama carrieCara melukis corak atas mama carrie

biskut mama carrie

Tadaaa!~ Itu la ghupe biskut mama carrie edisi chikicicok. Biasa orang buat bentuk leplep aka love or heart or hatiku diguris lagi, tapi den tak jumpa penerap bentuk tu. *mane ntah campak* Semalam time berbuka dah test rasa, sedap kaauuu! Boleh la orang cakap bagi budak baru belajar macam i kan. So, nanti update lagi pasal kuih raya yang berjaya buat. Jumpa lagi bebeh! Lagi satu, sila dengau lagu MAMA by EXO-K time buat biskut mama carrie untuk hasil yang lebih memuaskan. *takde kaitan, tapi kena dengar jugak!* XD Babaiii~

Resepi Biskut Mama Carrie
Resepi Biskut Mama Carrie
by
Raya dah dekat, aktiviti kat rumah sah2 la membuat segala jenis kuih raya. Korang selalu makan biskut mama carrie kan? Meh usha resepi biskut mama carrie.
Ingredients:
  • 300 gram mentega
  • 380 gram tepung gandum
  • 130 gram tepung jagung
  • 100 gram gula icing + 3 sudu besar gula pasir
  • 1 biji putih telur
  • 100 gram gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung
Instructions:
Cara-cara buat icing : Pukul putih telur pakai mixer sampai gebu. Masukkan tepung jagung 1 sudu besar and sambung pukul lagi. Last sekali, masukkan gula icing dan putar sampai pekat. *pakai high speed dari awal sampai akhir* Cedok 1 sudu adunan & titiskan sedikit pewarna. *untuk corak, boleh buat banyak kaler* Cara-cara buat doh : Ayak tepung gandum & tepung jagung. Ketepikan. Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukkan campuran tepung yang dah diayak tadi sikit demi sedikit. Pastu uli adunan tadi pakai tangan hingga boleh dibentuk dan tak melekat2 kat tangan or bekas. Dah boleh canai or gelek adunan tadi, then terap pakai bentuk yang korang nak. Pipekan or sapu icing atas nya dan lorek or lukis la corak ape2 atas tu. Bakar dalam 20 minit, 180 celcius.

Speak Your Mind

*