Salam~ Macam biasa la, den memang suka buat entry pasal kejadian ronggeng zaman memuda dulu. Hehe. Dulu time belajar, memang suka g berpiknik kat Tanjung Bidara, Melaka ni. Boleh tahan la pantai dia, cantik. Nak mandi pun seronok. Lagipun ade kemudahan macam kedai makan, bilik air/toilet, surau & sebagainya.
Tanjung Bidara ni terletak lebih kurang 20km from Bandar Melaka. Korang ikut je la signboard tepi jalan tu, nanti jumpa la :p Kat sini sesuai untuk berkhemah or buat family day ke, sebab pantai dia luas. Boleh main bola sepak ke, galah panjang ke, nak kuak lentang atas pasir tu pun bolee~ *melampau kuak lentang atas pasir*
Ni first time den g Tanjung Bidara dengan bebudak Redalert~ Ni tahun 2005 kot. Kirenye baru menjejakkan kaki ke bumi Melaka la, semua tempat kitorang nak pegi. :p Yang join time ni si Diera, Neen, Fizah, Ain, Anniey, Ilu & kawan die. *Lupe sudah name mamat tu* Port kitorang kat tempat yang ade batu2 tu. Bersantai ala2 mermaid gitu atas batu. :p Tapi sempat la berdarah kaki, sebab terpijak batu yang ade mende tajam2 tu. Teritik kot name die. Kot.
Ni pulak tahun 2008~ Kitorang punya last jamuan untuk diploma dulu, buat kat Tanjung Bidara ni jugak. Time ni satu kelas join, meriah hoiii!~ *ade jugak yang tercicir 2 3 kerat* Hehehe. Pantai tu penuh ngan kitorang je berendam. Rindu banget kat bebudak neh. *tak semua la :p* Time diploma dulu, me punye geng jarang join pape yang kelas buat sebenarnye. Tak bape nak ngam. Huhu. Tapi lantak la, yang last ni pegi. Buat kenangan.
I like this one!!~ Ni pulak tahun 2010 nye aktiviti peronggengan. Hehe. Diorang ni bebudak satu diploma dulu jugak, then sambung degree kat UTeM. Manusia2 yang join kali ni, si Dot, Abe, Mat, Faiz, & Ciko. Dua kali kot kitorang g sini. Ke lebih? Tak ingat. :p Ade sekali tu, tengah syok2 bakar ayam, sekali hujan!~ Terpaksa la kitorang pakai payung cover pembakaran tu. Kekeke. Lagi satu, kat sini banyak hincek monyet! Salu je kacau2 makanan kitorang! ><”
Haaaa~ Nampak nau yang den ni suke g pantai kan? Keke. Kepada bakal hubby ku, sila la honeymoon kat pantai ye nanti. *wink2* Korang pun g la beronggeng kat Tanjung Bidara ni eh kalau g Melaka, kompom tak menyesal. Sila pakai sunblock kalau enggak mau kulitmu terbakooo macam den. -___-” Oke, itu je pesanan penaja~ Babai sayam2! <3
Beronggeng rokiah di Tanjung Bidara, Melaka,




suke gambo last sekali..nanti kite g lg..1day but not 2day
hehe. baeeeekkk~ daku menanti waktu itu tiba. :p