Beronggeng rokiah di Air Terjun Cemerong

Dah lame kot tak update pasal aktiviti ronggeng rokiah kan? *usap2 dagu* So, semalam den & family terchenta dengan gumbiranya pergi berkelah & mandi-manda kat Air Terjun Cemerong. Ade orang cakap air terjun ni tertinggi kat Asia. Tapi me pun tak sure, sila tanya pada yang pakar la ye.

Air Terjun Cemerong ni kat area Kampung Pasir Raja. *berdasarkan signboard yang den nampak la kan* Nak bagi map pun xboleh sangat, sebab bukan jenis yang kenal jalan sangat. Mihmihmih. Senang cite, kalau korang nampak signboard ‘Air Terjun Cemerong‘ yang 1st tu, masuk simpang tu, and kena drive dalam 30km lagi. Jauh kot baru sampai. Kiri kanan sume hutan belantara & ladang kelapa sawit.

Air Terjun Cemerong

Ni memula kitorang sampai sane. Siap bawak bekal sate+kuah kacang+nasi himpit ha! :p Kitorang gerak pukul 1 gitu, pastu sampai pukul 3 or 4 kot. Tak sure. Before masuk tu, kena g lapor diri kat pondok pengawal dulu. Siap ade macam ala2 guard yang jaga, kot2 hujan or bahaye, dia tak kasi mandi. *fenomena kepala air tu*

Hutan Lipur Cemerong

Die punye tempat pun cantik & bersih. Macam biasa la, ade pondok2 tuk berehat, toilet & tempat tukar baju, taman permainan untuk bebudak & mak budak. :p Cafe pun ade, tapi den tak singgah la pulak. Dia ade dua kawasan; air terjun & kawasan untuk berkhemah.

Air Terjun Cemerong - Berkelah Bersama Keluarga

Seriously, air dia SANGAT CANTIK! Jernih amat! Sejuk banget! *kemaen eksaited ha* Tempat ni banyak batu, so bahay sikit la bagi bebudak, sebab licin. Tapi takde kemalangan jiwa or ape la berlaku semalam. Hehe. Sampai2 je sini, terus terjun lam air. Tak sabar! :p Tapi sangat direkemen bagi sape2 nak berkelah la. Bebudak laki sebuk g kat area air terjun belah atas, den tak berani nak ikut. T_T” Kitorang berendam tak lama sangat, sebab hujan. -__-” Terpaksa naik, sebab takut jadi something bad pulak kan.

Air Terjun Cemerong - Balik

So, dah lepas tukau2 baju semua, kitorang pun siap2 nak gerak balik. Sempat la melenjan camera dulu ngan aksi2 sengal. :p Btw, den siap bawak hincek sugar glider sekali datang sini u~ Kekeke. Oh! Actually, me lupa bawak seluar spare. -.-” So, terpaksa la pakai kain batik. *ala2 pompuan melayu terakhir ha ko*

Air Terjun Cemerong - Makan

Before sampai rumah, kitorang sempat menambah lemak kejap kat kedai member abang. Den terpaksa tebalkan muka masuk kedai makan pakai kain batik. -____-” Semua manusia gatai nak tengok. After kenyang, zaasssssss! Kitorang pun gerak balik dengan jayanya. Haruslah semua terbongkang dalam kete tu. :p

Air Terjun Cemerong - Chikicicok

Nah! Bonus*rase nak lempang diri sendiri tengok gambar ni* Nak buat jadi dp for twitter of pesbuk, tggu la bebila tukau. Blog den, sah2 la den taruk gambar sendirin berhad bebanyak kan. Mane tahu heenim ku sayang sesat masuk blog ni ke. Miahahaha XD *harapaaaan la* Okeh!~ Babai <3

VN:F [1.9.22_1171]
Rate This Article :
Rating: 9.0/10 (1 vote cast)
Beronggeng rokiah di Air Terjun Cemerong, 9.0 out of 10 based on 1 rating


Related posts:

Comments

  1. boleh plk u lupa bwk seluar spare ek, mcm kelakar je u msk kdi mkn pki kain batik..hehehe

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +1 (from 1 vote)

Leave a Reply