Chori Chori Chupke Chupke

Sharing is caring :

Ayuh layan hindustan di malam hari. Tadi terlayan cite Chori Chori Chupke Chupke ni kat channel Zee, tapi dah sampai part yang tengah la. Tu yang terus g skodeng kat youtube. Hehe. Dulu sangat suke kot movie ni. Comel je bebudak dalam ni & adegan manja2 diorang.

Chori Chori Chupke Chupke

Korang mesti tengok jugak Chori Chori Chupke Chupke ni zaman dedulu kan? Meh nak bagi sinopsis pasalChori Chori Chupke Chupke ni. Pelakon2 utama, Salman Khan as Raj Malhotra, Rani Mukherji as Priya and si cantik Preity Zinta as Madhu. So, movie ni pasal si Raj & Priya ni loving couple. Kisah cinta diorang ni takde halangan pun. Dah kawin bagai tu, Priya pun pregnant la. Tapi Priya tetiba keguguran & dah tak boleh mengandung lepas tu. Sedih la diorang dua ni, sebab family si Raj betul2 nak cucu.

Pastu diorang dapat idea untuk dapatkan ibu tumpang gitu la lebih kurang. Cari punya cari, jumpa si Madhu. Tapi die ni kerja kat kelab malam. Ala2 GRO la. Memula Madhu tak setuju, tapi lepas Raj offer duit banyak2 kat die, terus setuju. -_-” Diorang bertiga pun gerak la g Switzerland untuk jalankan plan diorang tu. Pastu Madhu pun pregnant la. Haaa~ So, banyak jugak la konflik berlaku time die pregnant ni, sampai la die nak beranak kang.

Banyak lagu2 best dalam movie Chori Chori Chupke Chupke ni. Senang cakap, semua lagu la best! Meh nak listkan lelagu dalam ni. *tetiba rajin* Memula No.1 Punjabi, Dekhne Walon Ne *lagu ni comel! tengah honeymoon*Diwani Diwani *time cari Madhu kat club*Deewana Hai Yeh Mann, Chori Chori Chupke Chupke & Mehndi Mehndi. Tu je kot yang den perasan. Hehe. Okeh~ Babai!^^

UPDATE (03 May 2012)

Youtube channel yang sebelum ni den tempek kat atas tu, dah tak wujud -____-
Usha movie Chori Chori Chupke Chupke sini —>  Chori Chori Chupke Chupke Part 1 [English Sub]
Enjoy! ^^~

Review filem Chori Chori Chupke Chupke yang dipopularkan oleh Salman Khan, Rani Mukherji dan Preity Zinta. Mengisahkan penglibatan percintaan tiga segi.
Directed by: Abbas Burmawalla
Starring:
Preity Zinta
Salman Khan
Rani Mukerji
  • http://maidaribendang.blogspot.com khairil

    filem lama pun layan juga yer…boleh lah…hehe

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      filem lame je yg best2
      hindustan baru2 sume macam hampeh je. huhu

  • nik

    ad link tuk download cter nie x??
    da lme cri cter nie
    huhuhu

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      me da update new link kat atas ^^~
      so, boleh download from dailymotion tu la.