Rumah sukan sekolah zaman dulu-dulu

Share : Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Pin on Pinterest0

Salam~ Korang mesti ingat lagi nama atau warna rumah sukan sekolah dulu-dulu kan? *keji kalau tak ingat ni, meh nak lempang lelaju* Selalunya rumah sukan sekolah ni diorang kasi time memula masuk sekolah (darjah 1 or tingkatan 1) and kekal sampai sudah. Tapi tak sure la sekolah korang cane.

Teringat time awal-awal start sekolah, mesti buat mesyuarat rumah sukan. Nak pilih pengerusi, bendahari, AJK rumah sukan sekolah bagai la. Selalu yang dapat pegang jawatan2 tu, stok student yang femes n aktid dekat skolah. Nak2 budak2 sport yang kachak macho lagi bergaya itu. Senang nak ngorat time nak bayar yuran ke organize hape ke.

rumah sukan sekolah rendah sura

Ni rumah sukan sekolah rendah daku dulu (Sek Ren Keb Sura). Warna basic tuk rumah sukan sekolah kebanyakkannya Biru, Kuning, Merah & Hijau. So, time sekolah rendah ni, sekolah daku amek name2 pahlawan melayu tuk buat name umah sukan. Biru = Mat Kilau, Kuning = Dato Maharajalela, Merah = Tok Janggut & Hijau = Dato Bahaman. Daku dapat rumah hijau aka rumah Dato Bahaman. Takde la power nau pon umah ni. Menci tau! *tumbuk2 dada sendiri lelaju* Yang selalu menang acara olahraga or sukan tahunan, rumah Merah kot.

rumah sukan sekolah menengah

Yang ni pulak rumah sukan sekolah menengah (Sek Men Keb Tengku Intan Zaharah). Diorang amek name sempena tokoh2 cendekiawan, perubatan, pendidikan dan yang seangkatan dengannya. Merah =Aminuddin Baki, Hijau = Za’aba, Biru = Ungku Omar & Kuning = Abdullah Munsyi. So, kali ni daku dapat rumah biru aka umah pakcik Ungku Omar. Rumah ni pun takde la selalu menang. *apela nasib den* Nasib baik budak2 rumah Merah ensem2. Eh. *ade kaitan?* Ade la, seronok cuci mata time hari sukan oiii.

maskot rumah sukan sekolah

Maskot setiap rumah sukan sekolah menengah daku ni asyik bertukar je tetiap tahun. Time den sekolah dulu, lain. Yang dalam gambar ni, tahun 2011 punye gambar. *ambik kat web SMKTIZ* Lagi satu, time sukan tahunan ni, ade buat booth rumah sukan mane paling cantik menarik tertarik kau memang daboom. Time ni macam2 la diorang sangkut kt booth tu. Kayu, belon, reben, daun, buah kelapa. *malu mengenang perbuatan zaman muda dulu*

Rindu sebenarnya dengan zaman sekolah ni. Dah lame giles kot tinggal. *yela, skrg umor dah 25 tahun kot* Nak sangat buat reunion, and venue die kat sekolah lame tu jugak. In the same class, same position, wearing school uniform, bring bag, etc. Nanti la update pasal sekolah lame n kenangan2 lama. Chewwaah~ Dah2, takyah nak sesedih di pagi ari. Jumpe lagi! Okbai~

Share : Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Pin on Pinterest0
  • http://aziatizolman.blogspot.com aziati

    aku masa sek menengah dapat pasukan yang ranking last..sedih!

    • http://chikicicok.com/blog/ chikicicok

      lololooo XD same la kite ajiatun woiiii.
      tpi i xkesah sgt, sebab i xminat sukan. =))