Pusat Sains Negara aka PSN pun kitorang meronggeng ha! :p Ekceli takde la ronggeng mane pun. Ni kitorang g time praktikal kat Danau Digital dulu. G PSN ni sebab ade workshop ape ntah *daya ingatan dah lemah* Company kitorang terlibat sekali, tu yang kena berkampung kat sana kejap.
(Gambar ihsan incik google)
Ni rupe PSN tu ye adik2. :p Sah2 la korang sume dah pernah pergi kan? Tapi kat sini, bukan nak cerita pasal PSN ni sangat pun. -___-” Nak tempek beberapa gambo time kitorang kat sane je ha. Hehehe. Yang join aktiviti kali ni, Kak Shida, Faizah, Omot, den, Azpari, Ajim & hincek bos.
Kitorang kat sana kena ajar bebudak yang datang tu cara2 nak pakai webcam, capture gambar pakai menda alah tu & buat movie from gambar tu pakai Movie Maker. Nasib baik bebudak tu tak banyak songeh sangat. Kalau tak, mau den lempang sekor2 kasi mati. Keke. Sementara tunggu budak2 tu datang, kitorang sempat la merayau2 kat situ. Amik gambar ngan dinosaur la, barang2 lam lab tu la. :p
Ni hari kedua kat PSN ni. Memang bosan tahap gaban kot, sebab tak ramai manusia yang datang. -___-” So, kitorang memulakan aksi melompat setinggi yang boleh la kat luar lab tu. :p Nasib baik hincek bos takde time tu, die g mane ntah. Hehe. Ada jugak la 2 3 kerat budak yang datang, tak meriah nau macam 1st day. Dalam lepas asar gitu, kitorang gerak balik Melaka dah. Fenat kot. *Fenat melompat ade la :p* Nanti ada masa, nak jugak datang lagi sini. Tengok la cane nanti eh. Keke.
Info mengenai Pusat Sains Negara (PSN)
- Web : http://www.psn.gov.my/
- Terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur
- Waktu operasi PSN
- Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad
- 9.00 pagi – 5.00 ptg
- (Tutup pada hari Jumaat)- Harga tiket untuk pelawat
- Dewasa : RM6.00
- Kanak2 : RM3.00
- Warga tua : RM3.00- Peta
![]()
So, kalau sape2 nak pergi or nak tau lebih lanjut pasal Pusat Sains Negara ni, boleh la jenguk web diorang tu eh. OKbai~
Beronggeng rokiah di Pusat Sains Negara (PSN),



