Cuppy Cuppy Cupcakes!

Salam dunia, salam semua, salam Hari Raya, bersinar akhirnyaaaaa~ Alang2 raya haji dah dekat, kasi salam aidiladha sekali la yek. Sejak dua menjak ni, blog den ni dah jadi macam blog masakan dah. Penuh dengan makanan je ha.  Before kite ke dapur chikicicok, moh la menghibur hati yang lara dulu dengan lagu comel nak meninggal ni.

You’re my Honeybunch, Sugarplum
Pumpy-umpy-umpkin, You’re my Sweetie Pie
You’re my Cuppycake, Gumdrop
Snoogums-Boogums, You’re the Apple of my Eye
And I love you so and I want you to know
That I’ll always be right here
And I love to sing sweet songs to you
Because you are so dear

Comel kaaan? Motip tempek lagu tu? Sebab kali ni nak update pasal cupcake. Kira kena la dengan tema lagu tu kan? Memandangkan eden selalu je lapar kat rumah, pastu macam dah lame je tak membuat acara baking2 bagai ni, tu yang meghajinkan diri buat cupcake ni. Senang je ye mak jemah sekalian. Comel, sedap, lazat & lemak berkrim pulak tu. Kekeke. Cane nak buat? Meh sini meh.

Bahan-bahan nye :

  •  150 gram mentega (den pakai buttercup)
  • 185 gram tepung menaiki diri sendiri naik sendiri
  • 150 gram gula kastor
  • 1/2 sudu kecik soda bikarbonat
  • 3 bijik telur
  • 1 sudu kecik esen vanila

Bahan untuk butter icing :

  • 250 gram mentega (1 pek buttercup)
  • 150 gram shortening (lemak sayuran)
  • 250 gram gula icing (ayak sambil berkayak) – boleh kurangkan ikut sedap tekak
  • 2 sudu besau susu segar *optional*
  • pewarna sesedap rasa ekauu

Cara buat cupcake :

  • Panaskan oven , pakai suhu 180°C
  • Ayak hincek tepung dengan soda bikarbonat, ketepikan
  • Memula, pukul mentega dengan gula kastor sampai kembang & gebus (warna putih2 gitu)
  • Masuk telur sebijik demi sebijik dan esen vanila. Sambung pukul lagi
  • Masukkan tepung yang dah di ayak sekali dengan soda bikarbonat tadi slow & adun sampai sebati. (time adun ni, mixer tu pakai kelajuan yang paling sow)
  • Dah setel, kalau korang nak taruk choc chips sebagai penambah perisa pun boleh. Den ade parut choc cadbury tu and masukkan dalam adunan. Gaul pakai spatula je.
  • Pastu, korang boleh terus masuk dalam cawan kertas. Letak separuh je or 3/4 dari cawan tu. ( Btw, cawan kertas yang den pakai ni, jenis yang souffle cup (keras). Ade jugak yang buat pakai liners cup (lembut), yang selalu pakai buat muffin or sarang semut tu. Tapi time bakar, kena letak dalam dulang yang ade lubang2 tu, nak kasi maintain bentuk dia)
  • Bakar lebih kurang 10 – 15 minit, suhu 180°C
  • Untuk butter icing pulak, pukul mentega, gula icing & shortening sampai kembang dan putih.
  • Kalau korang nampak adunan tu tak berapa nak lembut, masukkan susu segar. Kalau buat time cuaca panas, takyah masuk susu sebab adunan tu akan lembut sendirian berhad.
  • Bahagikan adunan ikut bilangan warna yang korang nak, titiskan pewarna & kacau.
  • Pastikan cupcake betul2 sejuk before letak butter icing. Boleh deco pakai segala jenis hiasan yang disukai.

adunan cupcakeRupa adunan kachak beta

adunan butter icingNi pulak butter icing yang dah siap dikaler2kan

cupcake dah masakCupcakes yang setel di bakau

cupcakesTadaaaaa!~

Begitulah rupa cupcake den yang dah setel di deco oleh eden dan adik. Hehe. Memandangkan memang tak pernah pegi kelas buat cupcake or deco bagai, memang la hasil dia tak berapa nak cantik. -_-” Tapi kira okeeeeeleeteeww~ Yang penting, sodaaap! Hehehe. Tinggal bape ketui je lagi dalam peti ais tu. Ingat nanti nak try buat fancy cookies or sugar cookies tu pulak. Nampak macam comel je. Tengok kerajinan la. *ceit! macaron pun tak buat2 sampai sudah -.-* Okelah, nak sambung makan cupcake comel i. Babai! <3

resepi cupcake mudah

Oh Kuah Rojak Buah~ *nyumnyum*

Salam!~  Sape suka makan rojak buah? Ade orang panggil rojak petis. Tak kisah la mane2, asalkan rasa dia sama je. Bagi peminat asam, jeruk & mende masam2 macam i ni, sah2 la peberet rojak buah ni. Huhu. Selalu beli yang kat dalam botol tu, tapi cepat nau habisnya. So, diriku pun telah merajinkan diri membuat sendiri kuah rojak buah ni. Mabelesss kaaawww! -..- Moh la kite menengok bahan2 & cara nak buah mende alah ni. Btw, resepi ni den ambik from blog DapurKu Sayang. *tenkiu2*

kuah rojak buah

Bahan-bahan nye :

  • 1/2 botol kecik kicap lemak masin
  • 1/2 botol kecik sos cili
  • 300g gula perang/merah/warna-warni/apong/melaka
  • gula pasir sesedap rasa
  • 1 buku kecil belacan (bakar & lenyek2kan)
  • 1 cawan cili kering (kisar) / cili boh / cili biasa (kisar)
  • bijan secukup rasa (goreng tanpa minyak dulu)
  • 125g tepung kanji / tepung ubi (bancuh dengan air)

Cara buat kuah rojak:

  • Masukkan semua bahan kecuali bijan & tepung kanji ke dalam periuk
  • Masak & kacau bahan tadi dengan api slow sampai larut dan mendidih
  • Masukkan tepung kanji sikit2 sambil kacau lelaju *kalau tak, nanti berketui2 mende alah ni*
  • Tunggu sampai kuah tu jadi pekat & nampak licin berkilat vogue da vasss
  • Dah boleh masuk bijan tadi & gaul la sampai mesraaaaa~~
  • Tutup api, sejukkan kuah tadi & kalau nak sedap, sila la simpan dalam peti ais dulu. Sodap makan time sejuk2, sebab kuah dia jadi lagi pekat kang. -..-
Sonang kan nak buek mende alah ni? Cuma rajin tak rajin je la. Pastu time buat ni, kena tahan hidung sikit la. Den asek bersin je manjang, sebab belacan tu kot. Btw, kuah rojak yang den buat aritu tak taruk pun tepung kanji & bijan tu, sebabnye.. takdek & malas nak g beli! Nasib baik kuah tu still pekat likat melekat! *ober* Hehe. Lagipun tak minat sangat dengan hencik bijan tu, rasa macam menyemak je. So, kalau rajin, buatlah. Kalau malas, buat bodo aje lah. Hewhewhew.

 

rojak petisWajah kachaaak kuah rojak ku.

Kek Pelangi! Onomnomnomnom!

Salam!~ Lame tak menjenguk blog kesayangan beta ni. Tadi duk usha2 blog kek bagai ni, pastu tertengok kek kalepul ni. Kek Pelangi aka Rainbow cake ni agak in jugak sekarang. Tengok harga dia boleh tahan mahal jugak untuk seketui menda alah ni. So, untuk jimat, baek buat sendiri. Keke. Tapi part yang leceh sikit, tang nak bakar. Sebab dia kena bakar satu2, lagi banyak warna korang buat, lagi lama la nak siap kek nye pun nye. I baru setel buat sebijik kek pelangi ni. Sodaaapppp hokaiii! Tapi topping dia kureng sikit, sebab den bukan penggemar cheese. *gatai pegi buat topping pkai creamcheese tu kenapa? -.-*  So, untuk memendekkan cerita, moh la kite ke dapur chikicicok!

bahan kek pelangi

Bahan-bahan Kek Pelangi:

  • 3 cawan tepung naik sendirian berhad
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1 pek buttercup @ 250gm butter
  • 5 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu segar @ susu cair
  • Secubit garam halus
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • Pewarna pilihan (merah, oren, purple, hijau)
  • 1 pek creamcheese
  • 1 cawan gula aising
  • 1/2 cawan butter
  • Sprinkle beads @ bahan2 hiasan ikut suka korang

Cara Buat Kek Pelangi :

  • Memula, panaskan oven (170°C)
  • Then, ayak tepung & garam. Ketepikan
  • Pukul butter dan gula sampai kembang & putih. Agak2 dalam 10-15 minit gitu.
  • Pastu, masukkan telur sebijik demi sebijik. Pukul lagi.
  • Masuk esen vanila. *boleh sukat pakai tudung botol tu je*
  • Masukkan bahan2 yang di ayak tadi sikit2, selang seli dengan susu.
  • Dah setel sume, dah boleh asingkan adunan dan masuk pewarna ikut suke hati korang.
  • Tuang dalam loyang, bakar lebih kurang 15 minit, 170°C.
  • Dah siap bakar, sejukkan dulu kat tepi.
  • Untuk topping pulak, pukul semua bahan (creamcheese, gula & butter) sampai kembang.
  • Time susun kek tu, antara setiap lapisan tu, kena taruk topping tu. *untuk lekatkan lapisan kek*
  • Pastu, boleh la balut seluruh kek tu pakai topping tadi. Hiaskan pakai sprinkle beads, choc chips or ape2 la yang korang nak letak. Korang jugak yang makan kang. Mehmehmeh -..-

adunan kek pelangiAdunan dan kek yang dah siap bakar

melapis kek pelangiAcara melapis cream antara kek2 tersebut *ewahh* 

susun kek pelangi

kek pelangi mudahRupa kek pelangi yang dah siap dilapis & dibalut & dihias!~

makan kek pelangiKalerful kan? onomnomnomnom!

kek pelangi

Comel kan kek pelangi ni. Kemaen warna warni aidilfitri lagi ha. Kalau buat banyak2 kaler, mau tinggi macam KLCC kek aku ni -_-” Kalau sesapa yang kureng suke cheese, boleh buat topping dia from whipping cream. Pukul whipping cream tu dengan gula sampai kembang, pastu balut la kek korang tu. Hehe. Tak kesah la korang nak pakai kaler ape time buat adunan tu, yang penting kek ni memang sedap sampai menjilat bulu ketiak. eh! -..- Dah la, mengantok sebenarnya ni. Selamat meneraiii!~ Okbai! <3

Biskut Mama Carrie yaww! marhaeyo mama mama!

Salam! Mama Carrie yaw! *Careless, careless. Shoot anonymous, anonymousHeartless, mindless. No one who care about me?* Abaikan lirik tersebut kalau korang xminat kpop. Mehmehmeh -..- Berbalik kepada tajuk entry ni, oleh kerana raya dah nak dekat, aktiviti wajib kat rumah sah2 la membuat segala jenis kuih raya yang wujud di alam semesta ni. Sebenarnya malas nak buat awal2, *awal la sangat* tapi hincek abah duk bebel2 suruh buat, maka anakmu terpaksa merajinkan diri  ini.

Kompom korang selalu nampak or makan biskut mama carrie junior ni kan?  Tapi yang den selalu makan dulu, ade rase susu tepung rasanya. Tapi yang ni, den tak letak, sebab tak suka susu. So, ayuhlah kita ke dapur chikicicok! Zaaasss! Eh, citcitcitcit. *bunyi cicak* 

Bahan-bahan Mama Carrie:

  • 300 gram mentega (buttercup/planta/etc)
  • 380 gram tepung gandum
  • 130 gram tepung jagung
  • 100 gram gula icing + 3 sudu besar gula pasir
  • 1 biji putih telur
  • 100 gram gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung
*bahan yang atas, untuk doh. yang bawah (3 bahan tu) untuk icing. harap maklong*

Cara-cara buat icing :

  • Memula pukul putih telur pakai mixer sampai gebu.
  • Then masukkan tepung jagung 1 sudu besar and sambung pukul lagi.
  • Last sekali, masukkan gula icing dan putar sampai pekat. *jangan lame nau, nanti cair, pastu meleleh2 time letak atas kuih tu. btw, pukul pakai high speed dari awal sampai akhir*
  • Cedok 1 sudu adunan & titiskan sedikit pewarna. *untuk corak, boleh buat banyak kaler, ikut sesedap rasa*
Cara-cara buat doh :
  • Ayak tepung gandum & tepung jagung. Ketepikan, ketengahkan or kebelakangkan pun takpe.
  • Pukul mentega dengan gula sampai kembang setaman.
  • Masukkan campuran tepung yang dah diayak tadi sikit demi sedikit.
  • Pastu uli adunan tadi pakai tangan *takkan nak pakai kaki ye dok? :p* hingga boleh dibentuk dan tak melekat2 kat tangan or bekas.
  • Dah boleh canai or gelek adunan tadi, then terap pakai bentuk yang korang nak.
  • Pipekan or sapu icing atas nya dan lorek or lukis la corak ape2 atas tu.
  • Bakar dalam 20 minit, 180 celcius. Kalau pakai yang oven dapur tu, pakai api slow aje.

Pesanan penaja *ewaahh*

  • Macam biasa la, oven tu ikut jenis jugak. So, kalau kuih lembik lagi, lebihkan masa bakar.
  • Dia punya doh tu boleh buat perisa macam2 jugak, just tambah perisa *eg: strawberry* dan pewarna before masuk tepung tu.
  • Me ade tambah esen vanilla sikit dalam adunan tu *kasi wangi sikit*
resepi mama carrieProses membuat mama carrie

cara lukis corak atas mama carrieCara melukis corak atas mama carrie

mama carrie

Tadaaa!~ Itu la ghupe mama carrie edisi chikicicok. Mehmehmeh -..- Biasa orang buat bentuk leplep aka love or heart or hatiku diguris lagi, tapi den tak jumpa penerap bentuk tu. *mane ntah daku campak* Semalam time berbuka dah test rasa, sedap kaauuu! Boleh la orang cakap bagi budak baru belajar macam i kan. So, nanti update lagi pasal kuih raya yang berjaya buat. Jumpa lagi bebeh! Lagi satu, sila dengau lagu MAMA by EXO-K time buat mama carrie untuk hasil yang lebih memuaskan. *takde kaitan, tapi kena dengar jugak!* XD Babaiii~

Nekbak yo nekbak!

Salam!~ Sila baca title post ni dengan iringan lagu like this yo – WG. Hehehe. Sape tau kueh nekbak tomtombak ni? Angkat ketiak pliss! Kuih or manisan or dessert or ape-ape lah korang nak panggil ni, biasanya glamour dekat Terengganu & Kelantan. Dan biasanya akan muncul dengan semangatnya *chewwah~* pada bulan Ramadhan.

nekbak kering(ihsan pakcik google)

Memula kena la beli nekbak kering dulu, rupa dia macam bahulu, tapi size kecik sikit. Ade macam2 bentuk jugak nekbak ni, bunga2 pun ade. Mane2 pun same je. Tapi rase die tak macam bahulu okai! Yang kering ni tawar, sila jangan gegedik nak terus makan yang ni. Hohoho. Korang kena sira dulu, then baru la boleh makan.

Cara nak sira or masak die, sonang ajooo ehhh!~ Meh nok royak sikit meh :p

  1. Memula, letak periuk atas dapur, masukkan air, gula dan daun pandan beberapa helai. Pastu bukak api, *kalau tak, sampai kiamat pun tak masak nekbak korang. muahahaha* then tunggu sampai air tu mendidih.
  2. Pastu masukkan nekbak kering tadi secukup rasa.
  3. Biarkan sampai mende alah tu kembang. Jangan sampai air die kering kontang sudah, sebab air die tu yang sodap!
  4. Biarkan nekbak sira tu sejuk, letak dalam peti ais pun boleh. Berbuka kang, dah boleh makan.
note :
- ade jugak resepi yang letak gula lepas nekbak tu kembang. ikut la mane2 eh :p
- sukatan untuk gula : 1 sudu kecil gula untuk 1 biji nekbak 
- nekbak ni cepat pecah sebab die lembik, sila la bersopan santun bertata susila time nak alih from periuk ke bekas or pinggan mangkuk anda ^_^

nekbakmy nekbak! eh silap. my mom’s nekbak :p

Senang, cepat, mudah, laju, sedap, lazat dan yang seangkatan dengannya bukan? Hehehe. Ade mase, buat la ye. I dah, u bila lag? Auuuww~ Keke. Btw, me nak ucap selamat menyambut ramadhan al-kareem

Resepi Chocolate Chips Cookies ala-ala Famous Amos

Salam~ Lame nau tak menjenguk coolbeloooog den ni. Berbalik kepada tajuk kite ye tuan2 & puan2 makcik2 ibuk2 bapak2 siapa yang punya anak. eh. *dah start meraban* -__-” Senang cite, meh nak share resepi chocolate chips cookies ni. Hehe. Ekceli rasa die takde la sejibik sejiban macam famous amos *name pun ala2 ye dok?* tapi lebih kurang la. Yang penting? Sodaaap!

Bahan-bahan Chocolate Chips Cookie:

  • 1 cawan butter *kalau pakai buttercup tu, 1 pek je terus*
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan gula perang/merah *kalau xmau manis nau, kurangkan sikit*
  • 2 biji telur *pukul dulu*
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 1/2 cawan oat yang dimesin halus *sukat oat dulu, baru mesin*
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • chocolate chips *secukup rasa*
  • chocolate Cadbury yang diparut *secukup rasa jugak*
  • 1 1/2 cawan chopped nuts *tak kisah kacang ape; walnut, almond or  hazel*

Cara-cara buat Chocolate Chips Cookie :

  • Memula pukul butter, gula halus & gula perang sampai gebu or sebati.
  • Masukkan telur & esen vanilla. Gaul. *tak pakai mixer dah ni, pakai spatula or senduk*
  • Ayak tepung gandum, tepung jagung, oat, baking powder, soda bikarbonat & garam.*sila ayak campuran bahan2 ni awal2 ye bebeh* Then, masukkan dalam adunan tadi & sambung gaul sampai lenguh tangan. eh. sampai sebati dan sekata sehati sejiwa.
  • Masukkan chocolate chips, cadbury yang udah diparut sekuat hati tadi & kekacang*kacang kacang kacang*, gaul lagi sampai la sekata semuanyaaaahh!
  • Dah setel acara penggaulan tadi, pipingkan or sudukan ke atas loyang*jarak 2 inci*
  • Masuk dalam oven, bakar pakai suhu 170 darjah celcius, 15 minit. Siaapp!~

Tips *Tips kawww! macam expert2 nau* :

  • Jangan pukul telur, gula halus & gula merah tu lame2 sangat. Asal dah sebati je rupe die, oke dah. Nanti adunan korang terlebih kembang. Biskut korang karang pun dah tak rupa biskut, die jadi lempeng -_-”
  • Chocolate cadbury tu, sejukkan dalam peti ais dulu. Dah siap parut, masukkan dalam peti ais balik. Nak pakai baru keluarkan, then masukkan dalam adunan cepat2.
  • Dua2 choc tu, letak suka hati korang je. Ade resepi yang bagi sukatan, tapi den tak ikut pon :p Kalau nak biskut tu gelap macam chipsmore tu, boleh la taruk banyak2.
  • Time bakar, boleh alas pakai baking paper/tracing paper or just letak je atas dulang tu.
  • Dah lepas 15minit++, biasanya kalau tekan2 biskut tu, kat bahagian tengah die macam still lembut2. Korang jangan bakar lagi, habis hangit hangus rentung mende tu -.-” Biarkan kejap die dalam oven tu, regangkan sikit pintu oven. Pastu da boleh makan or masuk balang.

adunan choc chips cookiesWajah kachak adunan daku. Nyehnyehnyeh

bakar choc chips cookiesAktiviti menyudukan adunan ke atas dulang

chocolate chips cookiesTadaaa! Ni diaaaaa~

Dijamin sedap hingga menjilat buku lali!~ Hehe. Adunan ni boleh dapat cookies dalam 100pcs jugak, ikut besar mane korang sudukan atas dulang tu la. Buat kicik2 cinonet pun boleh, nak besau2 gedabak pun boleeeee. So, boleh lah buat untuk raya karang ke. Sonang je pun. ^^~ So, boleh la try ye makcik2 sekalian buat Chocolate Chips Cookie ni. Nanti i hapdet lagi kalau kerajinan melanda diriku yang gebus ni. Bye! *sambil kunyah2 choc chips ala2 pemes cicoks i*