Purikura puripuri purikurarara

Salam!~ Macam dah tak wujud dah blog kesayangan beta ni -__-” Nak hapdet, tapi mood takdak. Bila mood ade, takde mende nak dimerepekkan pulak dalam ni. Kalau duk skodeng adam & hawa tu laju la puloooookkk. Eh. Oke, takde kaitan. Hohoho. Berbalik apambalik kepada title entry ni, tahukah kalian2 semua apekah menatang purikura ini?

Purikura or プリクラ is the shortened form of the trademarked name プリント倶楽部 (purintokurabu) or Print Club.

purikura-melaka-1

So, from print club -> purintokurabu -> purikura. Pergh! Kemain singkat lagi diorang menyingkatkan singkatan itu. Mehmehmeh. Dulu time zaman kegemilangan kat Melaka, teringin gile kot nak main mende alah ni. Tapi nan hadooooo. Dari zaman diploma sampai degree pun still tak masuk2. ;_;

Before ni ade nampak si diramun upload gambar diorang main purikura ni kt fb. Nak dijadikan cerita la kan, aritu ade pegi Melaka sebab ade kenduri kawin dak pizah azmi.  Sampai je sana, dengan semangat berkobar2 ajak diramun n bebudak umah die g JJ Melaka, sebab nak jugak masuk purikura ni. :p Mende alah ni ada kat area arcade game tu.

edit-purikura

Dekat luar tu, die tulis pinky girl kot. *sebab lupa nak snap gambar booth* Purikura ni ade 2 section, 1st booth tu untuk ambik gambar. Dalam tu kemain terang benderang. *nak kasi muka cerah cantik seghoti* Time nak snap tu, kena posing cepat2, sebab mende alah ni pantas! Tu yang merapik niyang rapik je semua pose kitorang buat. :p Dah setel berposing bergambar ala perasan model jelita, masuk 2nd booth pulak, decorate time! Sebelah2 je pun booth nye. Kat sini korang boleh edit gambar tadi dekat touchscreen tu pakai stylus, ade stamps, frames, hurup2 comel, ribbons dan sebagainye lah! Yang penting semua mende alah tu comel nak meninggal.

purikura-melaka

Kemain eksaited sesorang duk decorate gambar. Part decorate ni, boleh buat lama2, but still ade timer jugak. Tapi takde la sepantas time ambik gambar tu. So, keje2 ni den serah dekat bebudak multimedia la. Dah puas hati dengan kerja2 pencontengan tu, boleh la print gambar tadi. Tapi yang biasa kita tau pasal purikura ni, dia akan print gambau dalam bentuk sticker kan? Ahaa! Tapi yang kitorang main ni, die print atas photo paper tu je. Kirenye takleh nak tempek mane2 la. Tapi still comel la. Sebab i memang comel. Eh! :p

hasil-purikura

Beginilah ghupeeee gambau yang terhasil. Mende alah ni fair & square tau, sebab kitorang main purikura ni kongsi2 duit, so gambar die pun boleh kongsi2. Sila potong jadi 4 bahagian or suka ati la nak kerat 8 ke nambelas ke. Pastu boleh la selit dalam purse ke bawah bantal ke kat cermin ke. Motip? -_-” Btw, untuk sekali main purikura kat JJ Melaka ni, pakai 10 token. Maknanya 10 hengget la untuk 1 sesi. Kalau berkenan di jiwa, boleh la g usha. Oke, itu aja sih. Bai!

Ayuh melukis bersama hincek Draw Something!

drawsome

Draw Something is a mobile app developed by Omgpop.
Two players alternate turns between drawing a picture to convey the guessword for his partner to guess. The person drawing is provided three random words, arbitrarily ranked by difficulty (a star is easier to draw than a lion), earning one to three coins if his partner guesses correctly.

(Source : hincek wikiwiki)

Draw Something! Kompom la ramai android & apple user yang addicted dengan game ni, termasuk la eden. Keke. Tapi sah2 la my drawing skill hamaaaat la teruknye yang amat! -_-” Lagipun lukis pakai jari-jemari gemuk ni je ha, memang la harem je lukisan nye. Huhu. Tapi bagi yang memang ada bakat seni, memang suke nau la dengan game ni. *mengasah bakat katenyeee* 

drawsome drawing

Ni antara hasil lukisan dari game Draw Something ni. Currlassssst kau marriiiiaaa~ Kalau den nak lukis macam ni, memang berjinggut la nak dapat. Ade banyak lagi drawing yang ohsem dekat page fb Draw Something ni. Sila lah skodeng kalau rajin, kalau malas, duk dediam kat tepi. Mekaseeeeh!~

drawsomething find friends in facebook

So, before nak main tu, kena la cari member dulu kan. *kalau main sorang2, ape jadahnye? -.-* Nasib baek membe2 den kat facebook ramai jugak yang main menatang alah ni. Kalau bekenan nak ajak orang tu main, tokan aje eh namonyo kek situ. Pastu start la game. Tapi kalau membe kite tu layan, die akan respond la, kalau tak, sampai lebam la die tak teka kita punye drawing tu. -.-

create game in draw something

Kalau tak jumpe geng kat facebook, boleh jugak taruk diorang punye username atau email. Biasanya bebudak dekat twitter rajin kasi username Draw Something diorang ni. Takpun, pepandai la korang tanye sape2 android or apple user yang main mende alah ni. Sonang bukan? Huhu.

colors in draw something

Time memula main, korang akan diberi 4 pilihan warna aje; hitam, biru, merah & kuning. So, nak melukis pon tak berapa nak semangat la sebab leceh dan tak cukup warna. Korang kena la kumpul coins sampai juta2 lemon. Kumpul sampai banyak la untuk beli pakej warna yang lagi menarik tertarik ko memang dabom! Setakat ni, den baru mampu beli spring package je. Warna die lembut2 syahdu giteewww~ Tunggu dah kaye baru boleh beli package lain.

my draw something collection

Tadaaa!! Ni la koleksi lukisan Draw Something den. :”> Kemaluan sebenarnye nak tunjuk, tapi nak tunjuk jugak. Muehehehe. Ni antara yang paling oke la dalam banyak2 drawing -_-” Leceh okeh nak lukis pakai jari! Sumber inspirasi tuk melukis ni haruslah dan wajibalghunnah lah datang dari google image! Senang sikit nak lukis. Tiru aje la. Jadi tak jadi, belakang cite. Level paling tinggi den main sekarang ialah 28 baru. Tu pun seksa nak lukis and meneka lukisan orang.

download draw something

Macam biasa la, kalau tergoda dengan game ni, si cik epal boleh download kat sini and android user lak download kat sini. Sesapa yang main mende alah ni jugak, meh add eden sekali (username : chikicicok). ^^~ Okai!~ Ni saje dulu ye puan2 dan tuan2. Penat nak update blog pepanjang -.-”

SimSimi – peneman si #foreveralone

Salam~ Sebenarnye mende ni dah lame jugak kewujudannya. Tak bape nak urban sangat dah sekarang. *chewah, suke2 aku je*. Nak update pasal DrawSomething, tapi malas lagi. Btw, keji je tajuk entry kan. Padahal den selalu jugak main SimSimi ni, so secara otometiknye, daku juga seorang #foreveralone. *lap air mate*

SimSimi is a popular artificial intelligence conversation program created in 2002 by ISMaker.
SimSimi, pronounced as “shim-shimee”, is from a Korean word simsim (심심) which means “bored
(source : hincek wiki wiki waka waka e e e~)

Heh! Seeee~ Dah terang lagi bersuluh la si SimSimi ni untuk bebudak yang busan tahap gaban. Hohohoo~ Tapi menda alah ni comel sebenarnye. Bila die jawab dengan jawapan yang comel la, kadang2 macam nak hempuk jugak menatang bulat kaler kuning ni kalau jawapan yang die bagi tu menyentap jantungku. -_-” Meh nak ngumpat sikit pasal SimSimi ni *even korang takmau tau pun, wa nak cite jugak. lalalaaa~*

Begitulah ceritanya. *nampak nau malas nak menaip sebenor2nye* Senang cerita, mende alah ni macam cleverbot jugak, tapi moreee cute & fun la. *eceh. speaking london* Name die pun dah cukup comel. Kan? Kan? SimSimi~ SimSimi~ Simisimi~ Sammyvellu. eh. Bile main dengan mende alah ni, macam2 rase ade. Comel, nak lepuk si kuning ni, sentap, bangga, etc. Meh nak bagi contoh meh.

simsimi chikicicok
ni la contoh2 yang boleh dibagi. err.. asal gambar ni mcm blur? -.- *penat aku edit*

Ekceli mende SimSimi ni, kite boleh je teach die tuk respond dengan apa yang kita tulis. So, kalau nak suruh die asek puji je diri kite manjang, boleh la ajar. Hehehe. Den takde mase nak ngajor2 ni, busy katekan. *bajet retis. auuw~* So, ni just salah satu application yang korang leh install la dalam semaaaaakphong korang. Stupidphongg tak boleh kot, kena anta g sekolah dulu.

simsimi for donwload

Untuk pengguna si buah epal albino aka iPhone, boleh donlot kat App Store la, takkan kat pasar buah lak kan. Untuk pengguna si Android yang kachak serta macho *nampak nau bias disini*, leh donlot kat android market aka google play. Untuk yang takde semakphong or separa-semakphong ke, janganlah dikau gundah gulana di pagi raya, korang boleh main kat web SimSimi ni. Den sempat main kejap tadi.

simsimi web

Amek kauuu~ Ntah bahase ape yang die reply den. Padahal dah set English kat bawah tu. -_-” Abaikan aja sih. *pura2 paham sambil selak kamus bahasa asing. tagalog maybe?* Huhuu. Ok~ Nak membebel pasal mende alah ni je kali ni. Esok2 den update lagi pasal application best2 untuk android user ye. Bababababaaaaaiii~ *jangan salah sebut*

Rumah sukan zaman sekolah dulu-dulu

Korang mesti ingat lagi nama or warna rumah sukan time skola dulu-dulu kan? Kan? *gile keji kalau tak ingat ni, meh nak lempang lelaju :p* Selalunya rumah sukan ni diorang kasi time memula masuk sekolah (darjah 1 or tingkatan 1) and kekal sampai sudah. Tapi tak sure la sekolah korang cane. Huhu. Tingat lagi time awal2 start sekolah, mesti buat mesyuarat rumah sukan. Nak pilih pengerusi, bendahari, AJK bagai la. Selalu yang dapat pegang jawatan2 tu, stok2 student yang femes n hot kat skolah. Nak2 budak2 sport yg kachak macho lagi bergaya itu. Keke. Senang nak ngorat time nak bayar yuran ke organize hape ke :p

rumah sukan sksura

Ni rumah sukan time den sekolah rendah dulu (Sek Ren Keb Sura). Warna basic tuk rumah sukan ni sah2 la Biru, Kuning, Merah & Hijau. So, time sekolah rendah ni, sekolah den amek name2 pahlawan melayu tuk buat name umah sukan. *pahlawan la kan? pendekar? -.-* Biru = Mat Kilau, Kuning = Dato Maharajalela, Merah = Tok Janggut & Hijau = Dato Bahaman. Den dapat rumah hijau aka rumah Dato Bahaman. Takde la power nau pon umah ni. Menci tau! *tumbuk2 dada sendiri lelaju* Yang selalu menang acara olahraga or sukan tahunan, rumah Merah kot. Ke Biru? Eh, lantak la mane2.

rumah sukan smktiz

Yang ni pulak time sekolah menengah (Sek Men Keb Tengku Intan Zaharah). Diorang amek name sempena tokoh2 cendekiawan, perubatan, pendidikan dan yang seangkatan dengannya. Merah =Aminuddin Baki, Hijau = Za’aba, Biru = Ungku Omar & Kuning = Abdullah Munsyi. So, kali ni den dapat rumah biru aka umah pakcik Ungku Omar.  Rumah ni pun takde la selalu menang. *apela nasib den* Nasib baik budak2 rumah Merah ensem2. Eh. *ade kaitan?* Ade la, seronok cuci mata time hari sukan woiii. Hehe.

maskot rumah sukan smktiz

Ni pulak.. Maskot? Maskot la kot. Maskot setiap rumah sukan kat sekolah menengah den ni asek bertukar je tetiap tahun. Time den sekolah dulu, lain. Yang dalam gambar ni, tahun 2011 punye gambar. *curik kat web SMKTIZ* Lagi satu, time sukan tahunan ni, ade buat booth rumah sukan mane paling cantik menarik tertarik kau memang daboom jugak. Time ni macam2 la diorang sangkut kt booth tu. Kayu, belon, reben, daun, buah kelapa.. -____-” *malu mengenang perbuatan zaman2 muda mudi dulu*

Rindu sebenarnya dengan zaman sekolah ni. Dah lame giles kot tinggal. *yela, skrg umor dah 25 tahun kot* Nak sangat buat reunion, and venue die kat sekolah lame tu jugak. In the same class, same position, wearing school uniform, bring bag, etc. Exactly like our old days. :’) Nanti la update pasal sekolah lame n kenangan2 lama. Chewwaah~ Dah2, takyah nak sesedih di pagi ari. Jumpe lagi! Okbai~

Bersantai bersama hincek sugar glider

Segala keluarga tikus memang den suka bela. Dulu selalu bela hincek hamster, tapi dah mati. -.-” Ni, adik pulak yang bela. Agak produktif jugak la hamster dia, asyik beranak je kejenye. Hehe. Then, haritu abah ade beli sugar glider ni. Ekceli, tak sure die dalam golongan ape. Gliding marsupial kecil katenye. Adik beradik kangaroo. Coooooomeeeeeeel bangeeet!! Nak2 tang mate die yang hitam legam & bulat tu. *rase nak geget2 je* Dah la manja yang amat. Harga die rm600 sepasang.

sugar glider sepasang

The sugar glider is a marsupial that is native to eastern and northern mainland Australia (as well as being introduced to Tasmania, Australia) and is also native to New Guinea and the Bismarck Archipelago.
(source : incik wiki) 

Comel kan? Kan kan kan kan? Sugar glider ni SANGAT la manja yang hamat! Die boleh mati sebab kesunyian. -.-” *kemaen gedik tahap kemanjaan ko kan?* Sugar glider ni aktif waktu malam, siang hari dia asek menyorok dalam rumah die, tido. Hehe. So, kena la bagi perhatian lebih sikit time malam2. Kena jage die macam ala2 baby gitu. Bab makanan, tak susah sangat. Me selalu kasi die makan buah, tak kisah la buah apa. Sugar glider ni telan je semua.

sugar glider memanjat

Bulat kan mate die? Oh! Kuku die pun kena potong kalau dah panjang & tajam sangat. Sebab nanti, sugar glider ni takut nak gerak. *gedik nau -.-* Den selalu bawak die jalan2 kat luar, taruk atas pokok. Sebab die suka panjat2. Dalam cage dia pun, korang kena letak something untuk die panjat. Cage tu kena tinggi la sikit and ade kantung untuk diorang tido. Beli boleh, buat sendiri pun boleh. *jahit je sesuka hati*

sugar glider bermain

Dan seeloknya korang beli la sepasang. Boleh la jugak diorang bermadu kasih berasmara dana. :p Untung2 leh dapat anak ke. Haaa! Kan meriah tu. Hehe. Abah sayang nau dengan mende alah ni, salu taruk kat kepala la muka la. -.-” Sugar glider ni, kalau dah duduk dalam rambut, memang cepat je die lelap. Pastu kemaen payah nak tarik from rambut tu. :p Die suke duk lam poket jugak or tapak tangan. Senang cakap, die memang suka di bawak berjalan la.

So, ape lagi? Bela la jugak sepasang! :p Comel gile, and sesuai la untuk daku yang kesunyian ni. -__-” Kekeke. Okay lah, itu aja sih!~ Babai love! <3

Mari membungkus tapai pulut untuk raya

Tapai pulut. Ramai kot manusia suka makan tapai pulut, tapi den tak suka sangat sebenarnya. *sebab rase die masam2 manis gitu* Kadang2 nau je den makan. Tetiap kali raya aidilfitri or aidiladha, my family selalu buat tapai pulut ni. So, manusia yang kena bungkus menda alah ni, haruslah beta dan dayang-dayang dalam family ni. -.-”

Tapai pulut

Nak buat tapai pulut ni, senang amat sih. Bahan utama; beras pulut dan ragi. Memula kena kukus dulu beras pulut, pastu taruk dalam bekas, tabur and gaul dengan ragi. Pastu biar kejap, nak kasi die sebati dulu. Then, boleh lah memulakan acara membungkus tapai pulut secara berjemaah.

Cara buat tapai pulut

(beras pulut campur ragi, udah sedia dibungkus)

Cara bungkus tapai

Tudiiiia cara nak bungkus tapai pulut ni. Senang kot bagi yang dah selalu buat. Hehehe. Korang boleh pakai daun getah @ jambu @ pisang @ bekas plastik. Tak kisah la, asalkan daun. -.-” Pastu, lidi or staple tuk kemaskan bungkusan tu karang. So, step2 untuk bungkus :

  1. Bersihkan daun getah tu *or daun ape2 yang korang pakai*
  2. Jadikan daun tu macam bentuk kon
  3. Masukkan pulut tadi *ikut size daun tu, kalau kecik, letak la sikit je*
  4. Lipat daun yang belah depan tu ke dalam.
  5. Lipat bahagian kiri daun ke dalam.
  6. Lipat bahagian kanan tu ke dalam *biar bertindih dgn lipatan awal tadi*
  7. Pastu selit la lidi or staplekan bungkusan tu
  8. Tadaaa!! Jadi dah :p
Actually. ade banyak cara nak bungkus tapai pulut ni, ikut selera masing2 la. Hehe. Dah setel bungkus semua, masukkan dalam bekas n balut bekas tu pakai kain batik or tuala or kain ape2 la. Kena balut pakai banyak kain. Pastu simpan la for 2 or 3 hari gitu. Nak buat mende alah ni ade banyak pantang *bak kate orang2 tua la*.
  • Time bungkus tu, takleh bising2 or banyak cakap. Nanti tapai jadi masam. -.-”
  • Pompuan period takleh join bungkus, nanti tapai jadi kaler merah. -________-”
  • Takleh bising2 dekat bekas simpan tapai tu, nanti die tak jadi. Merajuk katenye. -.-”

Dan sebagainya la. -__-” Tapi takde la pulak tapai tu jadi kaler merah pun sebelum ni. *memandai je tau orang2 tua ni :p* Kekeke. Saje lettew buat pantang larang sendiri. :p Oke2, itu aja sih!~ Selamat mencuba~