Blog Cicok Bersalin Kulit

Salam~ Ahirnyaaa! Bersalin kulit jugak blog beta ni. Mihmihmih. -..- Di awal kewujudan blog ni, pakai theme journal crunch  dan tak pernah tukar sampai la sekarang. Lama-lama tengok, bosan la pulop. Demi mengelakkan perasaan kebosanan yang membuak-buak tersebut, *waduh-waduh* i pun dengan rakusnya meng-google theme yang terhangat di pasaran sekarang.

Blog Chikicicok.com Theme Journal Crunch

Blog Chikicicok.com Theme Journal Crunch 2Ni rupa blog time pakai theme journal crunch dulu.

Kachak jugak kan? Hihi. Tapi tu la, nak tukar selera pulak. Time duk usha-usha theme baru ni, ramai bloggers cakap yang Thesis Theme & Genesis Theme / Genesis Framework antara yang ramai pakai. Mesra SEO katenye  & loading page pon laju. Tapi yang Thesis tu macam susah sikit nak customize bagai, tapi bagi yang dah biase main coding, senang ajaa sih.

Hati kachak daku mengesyorkan pakai Genesis Theme. Usha punya usha, jumpa la Genesis Theme yang free punya *baaaik punyeeeee~*. Boleh tengok dia punya kelebihan kat sini. *malas haku nak tulis panjang2 nau* Nak pakai Genesis ni, kena masukkan dalam blog dua ni; Genesis Framework & Child Theme. Daku pakai Pretty Theme, sebab macam comel je. Hehehe.  Rasa macam lagi ringan la blog beta ni. *timbang lelaju pliss*

Genesis Theme - Pretty Child ThemeWajah blog daku setelah memakai Genesis – Pretty Theme

Memandangkan diri pun dah makin dewasa kan *bukan tua ye adik2. kiki*, daku nak theme yang tak crowded sangat and kaler lembut syahdu giteew. Kan redup kasih je kalau tengok blog daku ni kan? Auuuww~ Pastu nak lajukan sikit blog ni, daku merajinkan diri mengecikkan size gambar-gambar yang bergentayangan dalam setiap entry, kecuali entry yang related to KPOP la. Yang tu malas nak kecikkan, sebab malas. Hehehe. Daku kecikkan size gambar dekat webresizer ni & kecikkan thumbnails sekali pakai plugin AJAX Thumbnail Rebuild. Haaa~ Ponat aiih menggodek balik blog ni, nasib baik tanam anggur je kat rumah kan. Kiki.

Semoga dengan penukaran kulit blog daku ni bakal menambahkan kerajinan untuk menghapdet blog ni dengan lebih kerap! *nada bersemangat waja macam baru lepas menang PRU13. eh*  Hihi. Baidewei, blog lirik kpop daku pun dah bertukau kulit pakai Genesis jugak, guna Fabric Theme, walaupoooon jarang update. -.-” Blog lirik lagu daku pulak on the way nak tukar pakai Genesis ni, tengah pilih theme yang sesuai.

Nak tengok jugak keberkesanan Genesis Theme yang mesra SEO ni. Hihi. Jadi, itu saje lah berita buat kali ni dari cicok kachak lemak berkrim ni ye. Babai~ Salam ^^~

Ada Apa Dengan Cinta?

Salam~ Ye, blog ni masih wujud & bernyawa lagi ye tuan2 dan puan2, walaupoooooon nambelas-tahun-sekali-update. Hahaha. So, nak dijadikan ceghita la kan, beta baru je lepas layan movie Ada Apa Dengan Cinta aka AADC dekat utube tadi. Auuww~ Syahdu benor je nonton movie lelama ni kan? Hihi. AADC ni movie tahun 2002 kalau tak silap. Time tu beta baru umor 15 tahun! Deman AADC ni kemaen la melanda Malaysia time tu. Semua nak jadi & nak tukau nama jadi Cinta, pastu semua nak pakwe kachak macam Rangga. Hahaha.

Ada apa dengan cinta

Gitewww la poster AADC. Ku google tadi, bersepah AADC version manusia2 lain yang keluor. Rasenye semua bebudak sebaya dengan beta mesti layan movie ni kan dedulu? Nak kena menyinopsiskan jugok ke movie ni? Moh le kite.

Cinta (Dian Sastrowardoyo) ni pelajar yang agak fofuleer gitu kat sekolah. Dia ada geng bas sekolah sehidup semati sejiwa; Alya (ada family yang bermasalah, ayah die selalu gaduh, pukul maknye & die), Maura (suka melawa orangnya, ceria), Milly (bodo2 alang, kelako, comel) &  Karme (kasar, tomboi & suka bersukan). Diorang ni tak pernah sorok apa2 from each other, share problems & sangat rapat. Nak dijadikan cerita, Cinta ni kenal la dengan Rangga (Nicholas Saputra) si cowok ganteng. Kenal pon sebab puisi mamat ni menang dalam contest kat sekolah diorang. Memula diorang dua ni berbeza pendapat, gaduh je manjang. Lelama, tersuka puloooop. Tapi hubungan diorang ada problem, sebab Cinta konpius nak pilih persahabatan or cinta. So….. G la nengok sendiri! *malas nak taip panjang2 dah sebenarnya*

Bagi manusia berjiwa sastera ala2 sasterawan negara mesti suka AADC ni. Yang tak berjiwa seni pon same jugak *diri sendiri*. Haha. Tang puisi diorang tu yang best sebenarnya. Yang ku lari ke hutan & perempuan tu best. Puisi dak Cinta takde la terkesan sangat :p

puisi ranggapuisi Rangga perempuan

Dian & Nicholas  ni macam dah lama je senyap, tatau la jugak sebab beta pun dah lama tak layan movie Indo ni. Korea je banyak ha. Hihi. Kalau sesapa rindu dekat Cinta & Rangga kachak ni or berkenan nak tengok movie Ada Apa Dengan Cinta ni, sila la usha link youtube kat bawah ni ye. Pastu jangan duk berangan pulak lepas tu. Haha.

Nanti wa hapdet lagi eh. Sibuk duk buat doorgift tuk kenduri adik sebenarnya, tu takde masa nak ngadap blog. *chewwaah, kemaen alasan. hahaha* Kang wa hapdet pasal doorgift tu eh. Daaa~ <3

ada apa dengan cinta movie
Rangga, Bila emosi mengalahkan logika, terbuktikan banyakan ruginya. Benerkan? – Cinta

Purikura puripuri purikurarara

Salam!~ Macam dah tak wujud dah blog kesayangan beta ni -__-” Nak hapdet, tapi mood takdak. Bila mood ade, takde mende nak dimerepekkan pulak dalam ni. Kalau duk skodeng adam & hawa tu laju la puloooookkk. Eh. Oke, takde kaitan. Hohoho. Berbalik apambalik kepada title entry ni, tahukah kalian2 semua apekah menatang purikura ini?

Purikura or プリクラ is the shortened form of the trademarked name プリント倶楽部 (purintokurabu) or Print Club.

purikura-melaka-1

So, from print club -> purintokurabu -> purikura. Pergh! Kemain singkat lagi diorang menyingkatkan singkatan itu. Mehmehmeh. Dulu time zaman kegemilangan kat Melaka, teringin gile kot nak main mende alah ni. Tapi nan hadooooo. Dari zaman diploma sampai degree pun still tak masuk2. ;_;

Before ni ade nampak si diramun upload gambar diorang main purikura ni kt fb. Nak dijadikan cerita la kan, aritu ade pegi Melaka sebab ade kenduri kawin dak pizah azmi.  Sampai je sana, dengan semangat berkobar2 ajak diramun n bebudak umah die g JJ Melaka, sebab nak jugak masuk purikura ni. :p Mende alah ni ada kat area arcade game tu.

edit-purikura

Dekat luar tu, die tulis pinky girl kot. *sebab lupa nak snap gambar booth* Purikura ni ade 2 section, 1st booth tu untuk ambik gambar. Dalam tu kemain terang benderang. *nak kasi muka cerah cantik seghoti* Time nak snap tu, kena posing cepat2, sebab mende alah ni pantas! Tu yang merapik niyang rapik je semua pose kitorang buat. :p Dah setel berposing bergambar ala perasan model jelita, masuk 2nd booth pulak, decorate time! Sebelah2 je pun booth nye. Kat sini korang boleh edit gambar tadi dekat touchscreen tu pakai stylus, ade stamps, frames, hurup2 comel, ribbons dan sebagainye lah! Yang penting semua mende alah tu comel nak meninggal.

purikura-melaka

Kemain eksaited sesorang duk decorate gambar. Part decorate ni, boleh buat lama2, but still ade timer jugak. Tapi takde la sepantas time ambik gambar tu. So, keje2 ni den serah dekat bebudak multimedia la. Dah puas hati dengan kerja2 pencontengan tu, boleh la print gambar tadi. Tapi yang biasa kita tau pasal purikura ni, dia akan print gambau dalam bentuk sticker kan? Ahaa! Tapi yang kitorang main ni, die print atas photo paper tu je. Kirenye takleh nak tempek mane2 la. Tapi still comel la. Sebab i memang comel. Eh! :p

hasil-purikura

Beginilah ghupeeee gambau yang terhasil. Mende alah ni fair & square tau, sebab kitorang main purikura ni kongsi2 duit, so gambar die pun boleh kongsi2. Sila potong jadi 4 bahagian or suka ati la nak kerat 8 ke nambelas ke. Pastu boleh la selit dalam purse ke bawah bantal ke kat cermin ke. Motip? -_-” Btw, untuk sekali main purikura kat JJ Melaka ni, pakai 10 token. Maknanya 10 hengget la untuk 1 sesi. Kalau berkenan di jiwa, boleh la g usha. Oke, itu aja sih. Bai!

Cuppy Cuppy Cupcakes!

Salam dunia, salam semua, salam Hari Raya, bersinar akhirnyaaaaa~ Alang2 raya haji dah dekat, kasi salam aidiladha sekali la yek. Sejak dua menjak ni, blog den ni dah jadi macam blog masakan dah. Penuh dengan makanan je ha.  Before kite ke dapur chikicicok, moh la menghibur hati yang lara dulu dengan lagu comel nak meninggal ni.

You’re my Honeybunch, Sugarplum
Pumpy-umpy-umpkin, You’re my Sweetie Pie
You’re my Cuppycake, Gumdrop
Snoogums-Boogums, You’re the Apple of my Eye
And I love you so and I want you to know
That I’ll always be right here
And I love to sing sweet songs to you
Because you are so dear

Comel kaaan? Motip tempek lagu tu? Sebab kali ni nak update pasal cupcake. Kira kena la dengan tema lagu tu kan? Memandangkan eden selalu je lapar kat rumah, pastu macam dah lame je tak membuat acara baking2 bagai ni, tu yang meghajinkan diri buat cupcake ni. Senang je ye mak jemah sekalian. Comel, sedap, lazat & lemak berkrim pulak tu. Kekeke. Cane nak buat? Meh sini meh.

Bahan-bahan nye :

  •  150 gram mentega (den pakai buttercup)
  • 185 gram tepung menaiki diri sendiri naik sendiri
  • 150 gram gula kastor
  • 1/2 sudu kecik soda bikarbonat
  • 3 bijik telur
  • 1 sudu kecik esen vanila

Bahan untuk butter icing :

  • 250 gram mentega (1 pek buttercup)
  • 150 gram shortening (lemak sayuran)
  • 250 gram gula icing (ayak sambil berkayak) – boleh kurangkan ikut sedap tekak
  • 2 sudu besau susu segar *optional*
  • pewarna sesedap rasa ekauu

Cara buat cupcake :

  • Panaskan oven , pakai suhu 180°C
  • Ayak hincek tepung dengan soda bikarbonat, ketepikan
  • Memula, pukul mentega dengan gula kastor sampai kembang & gebus (warna putih2 gitu)
  • Masuk telur sebijik demi sebijik dan esen vanila. Sambung pukul lagi
  • Masukkan tepung yang dah di ayak sekali dengan soda bikarbonat tadi slow & adun sampai sebati. (time adun ni, mixer tu pakai kelajuan yang paling sow)
  • Dah setel, kalau korang nak taruk choc chips sebagai penambah perisa pun boleh. Den ade parut choc cadbury tu and masukkan dalam adunan. Gaul pakai spatula je.
  • Pastu, korang boleh terus masuk dalam cawan kertas. Letak separuh je or 3/4 dari cawan tu. ( Btw, cawan kertas yang den pakai ni, jenis yang souffle cup (keras). Ade jugak yang buat pakai liners cup (lembut), yang selalu pakai buat muffin or sarang semut tu. Tapi time bakar, kena letak dalam dulang yang ade lubang2 tu, nak kasi maintain bentuk dia)
  • Bakar lebih kurang 10 – 15 minit, suhu 180°C
  • Untuk butter icing pulak, pukul mentega, gula icing & shortening sampai kembang dan putih.
  • Kalau korang nampak adunan tu tak berapa nak lembut, masukkan susu segar. Kalau buat time cuaca panas, takyah masuk susu sebab adunan tu akan lembut sendirian berhad.
  • Bahagikan adunan ikut bilangan warna yang korang nak, titiskan pewarna & kacau.
  • Pastikan cupcake betul2 sejuk before letak butter icing. Boleh deco pakai segala jenis hiasan yang disukai.

adunan cupcakeRupa adunan kachak beta

adunan butter icingNi pulak butter icing yang dah siap dikaler2kan

cupcake dah masakCupcakes yang setel di bakau

cupcakesTadaaaaa!~

Begitulah rupa cupcake den yang dah setel di deco oleh eden dan adik. Hehe. Memandangkan memang tak pernah pegi kelas buat cupcake or deco bagai, memang la hasil dia tak berapa nak cantik. -_-” Tapi kira okeeeeeleeteeww~ Yang penting, sodaaap! Hehehe. Tinggal bape ketui je lagi dalam peti ais tu. Ingat nanti nak try buat fancy cookies or sugar cookies tu pulak. Nampak macam comel je. Tengok kerajinan la. *ceit! macaron pun tak buat2 sampai sudah -.-* Okelah, nak sambung makan cupcake comel i. Babai! <3

resepi cupcake mudah

Oh Kuah Rojak Buah~ *nyumnyum*

Salam!~  Sape suka makan rojak buah? Ade orang panggil rojak petis. Tak kisah la mane2, asalkan rasa dia sama je. Bagi peminat asam, jeruk & mende masam2 macam i ni, sah2 la peberet rojak buah ni. Huhu. Selalu beli yang kat dalam botol tu, tapi cepat nau habisnya. So, diriku pun telah merajinkan diri membuat sendiri kuah rojak buah ni. Mabelesss kaaawww! -..- Moh la kite menengok bahan2 & cara nak buah mende alah ni. Btw, resepi ni den ambik from blog DapurKu Sayang. *tenkiu2*

kuah rojak buah

Bahan-bahan nye :

  • 1/2 botol kecik kicap lemak masin
  • 1/2 botol kecik sos cili
  • 300g gula perang/merah/warna-warni/apong/melaka
  • gula pasir sesedap rasa
  • 1 buku kecil belacan (bakar & lenyek2kan)
  • 1 cawan cili kering (kisar) / cili boh / cili biasa (kisar)
  • bijan secukup rasa (goreng tanpa minyak dulu)
  • 125g tepung kanji / tepung ubi (bancuh dengan air)

Cara buat kuah rojak:

  • Masukkan semua bahan kecuali bijan & tepung kanji ke dalam periuk
  • Masak & kacau bahan tadi dengan api slow sampai larut dan mendidih
  • Masukkan tepung kanji sikit2 sambil kacau lelaju *kalau tak, nanti berketui2 mende alah ni*
  • Tunggu sampai kuah tu jadi pekat & nampak licin berkilat vogue da vasss
  • Dah boleh masuk bijan tadi & gaul la sampai mesraaaaa~~
  • Tutup api, sejukkan kuah tadi & kalau nak sedap, sila la simpan dalam peti ais dulu. Sodap makan time sejuk2, sebab kuah dia jadi lagi pekat kang. -..-
Sonang kan nak buek mende alah ni? Cuma rajin tak rajin je la. Pastu time buat ni, kena tahan hidung sikit la. Den asek bersin je manjang, sebab belacan tu kot. Btw, kuah rojak yang den buat aritu tak taruk pun tepung kanji & bijan tu, sebabnye.. takdek & malas nak g beli! Nasib baik kuah tu still pekat likat melekat! *ober* Hehe. Lagipun tak minat sangat dengan hencik bijan tu, rasa macam menyemak je. So, kalau rajin, buatlah. Kalau malas, buat bodo aje lah. Hewhewhew.

 

rojak petisWajah kachaaak kuah rojak ku

Kek Pelangi! Onomnomnomnom!

Salam!~ Lame tak menjenguk blog kesayangan beta ni. Tadi duk usha2 blog kek bagai ni, pastu tertengok kek kalepul ni. Kek Pelangi aka Rainbow cake ni agak in jugak sekarang. Tengok harga dia boleh tahan mahal jugak untuk seketui menda alah ni. So, untuk jimat, baek buat sendiri. Keke. Tapi part yang leceh sikit, tang nak bakar. Sebab dia kena bakar satu2, lagi banyak warna korang buat, lagi lama la nak siap kek nye pun nye. I baru setel buat sebijik kek pelangi ni. Sodaaapppp hokaiii! Tapi topping dia kureng sikit, sebab den bukan penggemar cheese. *gatai pegi buat topping pkai creamcheese tu kenapa? -.-*  So, untuk memendekkan cerita, moh la kite ke dapur chikicicok!

bahan kek pelangi

Bahan-bahan Kek Pelangi:

  • 3 cawan tepung naik sendirian berhad
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1 pek buttercup @ 250gm butter
  • 5 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu segar @ susu cair
  • Secubit garam halus
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • Pewarna pilihan (merah, oren, purple, hijau)
  • 1 pek creamcheese
  • 1 cawan gula aising
  • 1/2 cawan butter
  • Sprinkle beads @ bahan2 hiasan ikut suka korang

Cara Buat Kek Pelangi :

  • Memula, panaskan oven (170°C)
  • Then, ayak tepung & garam. Ketepikan
  • Pukul butter dan gula sampai kembang & putih. Agak2 dalam 10-15 minit gitu.
  • Pastu, masukkan telur sebijik demi sebijik. Pukul lagi.
  • Masuk esen vanila. *boleh sukat pakai tudung botol tu je*
  • Masukkan bahan2 yang di ayak tadi sikit2, selang seli dengan susu.
  • Dah setel sume, dah boleh asingkan adunan dan masuk pewarna ikut suke hati korang.
  • Tuang dalam loyang, bakar lebih kurang 15 minit, 170°C.
  • Dah siap bakar, sejukkan dulu kat tepi.
  • Untuk topping pulak, pukul semua bahan (creamcheese, gula & butter) sampai kembang.
  • Time susun kek tu, antara setiap lapisan tu, kena taruk topping tu. *untuk lekatkan lapisan kek*
  • Pastu, boleh la balut seluruh kek tu pakai topping tadi. Hiaskan pakai sprinkle beads, choc chips or ape2 la yang korang nak letak. Korang jugak yang makan kang. Mehmehmeh -..-

adunan kek pelangiAdunan dan kek yang dah siap bakar

melapis kek pelangiAcara melapis cream antara kek2 tersebut *ewahh* 

susun kek pelangi

kek pelangi mudahRupa kek pelangi yang dah siap dilapis & dibalut & dihias!~

makan kek pelangiKalerful kan? onomnomnomnom!

kek pelangi

Comel kan kek pelangi ni. Kemaen warna warni aidilfitri lagi ha. Kalau buat banyak2 kaler, mau tinggi macam KLCC kek aku ni -_-” Kalau sesapa yang kureng suke cheese, boleh buat topping dia from whipping cream. Pukul whipping cream tu dengan gula sampai kembang, pastu balut la kek korang tu. Hehe. Tak kesah la korang nak pakai kaler ape time buat adunan tu, yang penting kek ni memang sedap sampai menjilat bulu ketiak. eh! -..- Dah la, mengantok sebenarnya ni. Selamat meneraiii!~ Okbai! <3