Korang mesti ingat lagi nama or warna rumah sukan time skola dulu-dulu kan? Kan? *gile keji kalau tak ingat ni, meh nak lempang lelaju :p* Selalunya rumah sukan ni diorang kasi time memula masuk sekolah (darjah 1 or tingkatan 1) and kekal sampai sudah. Tapi tak sure la sekolah korang cane. Huhu. Tingat lagi time awal2 start sekolah, mesti buat mesyuarat rumah sukan. Nak pilih pengerusi, bendahari, AJK bagai la. Selalu yang dapat pegang jawatan2 tu, stok2 student yang femes n hot kat skolah. Nak2 budak2 sport yg kachak macho lagi bergaya itu. Keke. Senang nak ngorat time nak bayar yuran ke organize hape ke :p
Ni rumah sukan time den sekolah rendah dulu (Sek Ren Keb Sura). Warna basic tuk rumah sukan ni sah2 la Biru, Kuning, Merah & Hijau. So, time sekolah rendah ni, sekolah den amek name2 pahlawan melayu tuk buat name umah sukan. *pahlawan la kan? pendekar? -.-* Biru = Mat Kilau, Kuning = Dato Maharajalela, Merah = Tok Janggut & Hijau = Dato Bahaman. Den dapat rumah hijau aka rumah Dato Bahaman. Takde la power nau pon umah ni. Menci tau! *tumbuk2 dada sendiri lelaju* Yang selalu menang acara olahraga or sukan tahunan, rumah Merah kot. Ke Biru? Eh, lantak la mane2.
Yang ni pulak time sekolah menengah (Sek Men Keb Tengku Intan Zaharah). Diorang amek name sempena tokoh2 cendekiawan, perubatan, pendidikan dan yang seangkatan dengannya. Merah =Aminuddin Baki, Hijau = Za’aba, Biru = Ungku Omar & Kuning = Abdullah Munsyi. So, kali ni den dapat rumah biru aka umah pakcik Ungku Omar. Rumah ni pun takde la selalu menang. *apela nasib den* Nasib baik budak2 rumah Merah ensem2. Eh. *ade kaitan?* Ade la, seronok cuci mata time hari sukan woiii. Hehe.
Ni pulak.. Maskot? Maskot la kot. Maskot setiap rumah sukan kat sekolah menengah den ni asek bertukar je tetiap tahun. Time den sekolah dulu, lain. Yang dalam gambar ni, tahun 2011 punye gambar. *curik kat web SMKTIZ* Lagi satu, time sukan tahunan ni, ade buat booth rumah sukan mane paling cantik menarik tertarik kau memang daboom jugak. Time ni macam2 la diorang sangkut kt booth tu. Kayu, belon, reben, daun, buah kelapa.. -____-” *malu mengenang perbuatan zaman2 muda mudi dulu*
Rindu sebenarnya dengan zaman sekolah ni. Dah lame giles kot tinggal. *yela, skrg umor dah 25 tahun kot* Nak sangat buat reunion, and venue die kat sekolah lame tu jugak. In the same class, same position, wearing school uniform, bring bag, etc. Exactly like our old days. :’) Nanti la update pasal sekolah lame n kenangan2 lama. Chewwaah~ Dah2, takyah nak sesedih di pagi ari. Jumpe lagi! Okbai~
















