Jom Layan Bollywood : Chori Chori Chupke Chupke

Ayuh layan hindustan di malam hari. :p Tadi terlayan cite Chori Chori Chupke Chupke ni kat channel Zee, tapi dah sampai part yang tengah la. Tu yang terus g skodeng kat youtube. Hehe. Dulu sangat suke kot movie ni. Comel je bebudak dalam ni & adegan manja2 diorang ^^~

chori chori chupke chupke

Kompom korang pun mesti dah tengok kan movie ni zaman dedulu. Meh nak story mory sikit pasal Chori Chori Chupke Chupke ni. Pelakon2 utama die, hincek ensem Salman Khan as Raj Malhotra, Rani Mukherji as Priya and si cantik Preity Zinta as Madhu. So, movie ni pasal si Raj & Priya ni loving couple la. Comel la adegan nak tekel menekel memula tu. Kisah cinta diorang ni takde halangan pun. Dah kawin bagai tu, Priya pun pregnant la. Tapi Priya tetiba keguguran & dah tak boleh mengandung lepas tu. Sedih la diorang dua ni, sebab family si Raj betul2 nak cucu.

Pastu diorang dapat idea untuk dapatkan ibu tumpang gitu la lebih kurang. Cari punya cari, jumpa si Madhu. Tapi die ni kerja kat kelab malam. Ala2 GRO gitu la. Memula Madhu tak setuju, tapi lepas Raj offer duit banyak2 kat die, terus setuju. -___-” Diorang bertiga pun gerak la g Switzerland untuk jalankan plan diorang tu. Pastu Madhu pun pregnant la. Haaa~ So, banyak jugak la konflik berlaku time die pregnant ni, sampai la die nak beranak kang.

Banyak lagu2 best lam movie ni. Senang cakap, semua lagu la best! ^____^v Meh nak listkan lelagu dalam ni. *tetiba rajin kan? XD* Memula No.1 Punjabi, Dekhne Walon Ne *lagu ni comel! tengah honeymoon*Diwani Diwani *time die cari Madhu kat club*Deewana Hai Yeh Mann, Chori Chori Chupke Chupke & Mehndi Mehndi. Tu je kot yang den perasan. Hehe. Okeh~ Babai!^^

UPDATE (03 May 2012)

Youtube channel yang sebelum ni den tempek kat atas tu, dah tak wujud -____-
So, korang boleh usha movie ni kat sini —>  Chori Chori Chupke Chupke Part 1 [English Sub]
Enjoy! ^^~

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Beronggeng rokiah di Pusat Sains Negara (PSN)

Pusat Sains Negara aka PSN pun kitorang meronggeng ha! :p Ekceli takde la ronggeng mane pun. Ni kitorang g time praktikal kat Danau Digital dulu. G PSN ni sebab ade workshop ape ntah *daya ingatan dah lemah :p* Company kitorang terlibat sekali, tu yang kena berkampung kat sana kejap.

Pusat Sains Negara (PSN)

(Gambar ihsan incik google)

Ni rupe PSN tu ye adik2. :p Sah2 la korang sume dah pernah pergi kan? Tapi kat sini, bukan nak cerita pasal PSN ni sangat pun. -___-” Nak tempek beberapa gambo time kitorang kat sane je ha. Hehehe. Yang join aktiviti kali ni, Kak Shida, Faizah, Omot, den, Azpari, Ajim & hincek bos.

Pusat Sains Negara (PSN) - Workshop Praktikal

Kitorang kat sana kena ajar bebudak yang datang tu cara2 nak pakai webcam, capture gambar pakai menda alah tu & buat movie from gambar tu pakai Movie Maker. Nasib baik bebudak tu tak banyak songeh sangat. Kalau tak, mau den lempang sekor2 kasi mati. Keke. Sementara tunggu budak2 tu datang, kitorang sempat la merayau2 kat situ. Amik gambar ngan dinosaur la, barang2 lam lab tu la. :p

Pusat Sains Negara (PSN) - Berjimba-jimba

Ni hari kedua kat PSN ni. Memang bosan tahap gaban kot, sebab tak ramai manusia yang datang. -___-” So, kitorang memulakan aksi melompat setinggi yang boleh la kat luar lab tu. :p Nasib baik hincek bos takde time tu, die g mane ntah. Hehe. Ada jugak la 2 3 kerat budak yang datang, tak meriah nau macam 1st day. Dalam lepas asar gitu, kitorang gerak balik Melaka dah. Fenat kot. *Fenat melompat ade la :p* Nanti ada masa, nak jugak datang lagi sini. Tengok la cane nanti eh. Keke.

Info mengenai Pusat Sains Negara (PSN)

  • Web : http://www.psn.gov.my/
  • Terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi PSN
    - Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad
    - 9.00 pagi – 5.00 ptg
    - (Tutup pada hari Jumaat)
  • Harga tiket untuk pelawat
    - Dewasa : RM6.00
    - Kanak2 :  RM3.00
    - Warga tua :  RM3.00
  • Peta
    Peta Pusat Sains Negara

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

So, kalau sape2 nak pergi or nak tau lebih lanjut pasal Pusat Sains Negara ni, boleh la jenguk web diorang tu eh. OKbai~

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Praktikal di Danau Digital, Melaka

Praktikal!~ Tapi dah setel la :p Semalam duk selongkar external hd, terjumpe gambar2 time praktikal dulu. Tetiba terindu kat Danau Digital ni. ^_^v Den praktikal kat sini with Faizah & In from July 2010 – Dec 2010. SANGAT best kot praktikal kat sini. Sempoiii je. Datang keje pun tak payah nak pakai skema2 nau. Kitorang rembat jeans & tshirt je kot. Kadang2 je pakai baju kurung. Kekeke. Dan salu jugak masuk lambat. :p

Praktikal di Danau Digital, Melaka

Ha~ See see~ Keje kitorang kadang2 mengulau kat pantry. :p Tak pun duk fb & twitter je. Banyak main dari keje kot, tapi still la buat keje yang diorang suruh. Berdedikasi kami ni sebenarnya. XD Kalau keje banyak, kitorang salu jugak la balik lambat. Tapi kalau takde keje, pukul 5.29 tu kitorang da siap2 nak blah dah. :p Majoriti yang praktikal kat sini bebudak from UTeM and more to multimedia kot company ni. Elaun boleh la nak menampung hidup den kat Melaka tu, lagipun dapat PTPTN sengal tu sekali.

Praktikal di Danau Digital, Melaka - Aktiviti

Praktikal kat sini takde tekanan sangat pun. Hincek bos aka Dr Zaharim pun sangat baek hati nak mati. *bodek2 :p* Nak cuti pun senang je. Keke. *den kaki mintak cuti* Selalu belanja kitorang main bowling, badminton n makan2. Yang bowling tu kitorang salu join la, tapi badminton tu kadang2 je. Sebab die main mende alah tu petang, so kadang2 tak sempat nak join. Pastu kitorang selalu jugak pegi UPSI & Pusat Sains Negara atas urusan kerja. *cheewaaah~ skema nau ayatnye*

Praktikal di Danau Digital, Melaka - Rumah Terbuka

Ni lak gambar time open house kat umah omot, member kitorang aka pekerja kat Danau Digital tu. Open house kat umah hincek bos pun ade pergi, tapi takde gambar lak. So, senang cite, sonok la praktikal kat sini walaupun sekejap je. Macam2 gak mende baru yang den belajar. Nanti kalau ade mase, leh la g lawat Danau Digital ni lagi. :p

Info pasal Danau Digital Sdn Bhd

Oke~ Bertemu lagi di hari & waktu yang sama :pp Babai bebeh~

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Who were you in your last life?

Tengah kebosanan, jadi den buat short entry. :p Tadi duk skodeng2 tumblr, pastu jumpe satu post ni. Macam sonot je. Hehe. Meh try meh. Just for fun~ Masukkan tarikh lahir korang je kat dalam kotak tu. *tapi klik la dulu gambo kat bawah tu*

Who were you in your last life?

Pastu klik yang Press for diagnosis tu, nanti die akan keluarkan macam info pasal diri korang dalam kehidupan yang lalu. Tapi ade yang macam kena je, ade yang tak berkaitan. Huhuu. Ni yang den dapat. :p

Who were you in your last life?

Haaaa! Tetiba je den nye profession jeweler or watch-maker. -____-” Tak glemer langsung kerjanya kan. Tapi yang bawah2 tu macam kena je. Hehe. So, kalau korang nak try, boleh la try. Kalau taknak, sila la bace entry lain. :pp Den tersuka lak statement yg bawah tu.

Such people are always involved with all new. You have always loved changes, especially in art, music, cooking.

The world is full of ill and lonely people. You should help those, who are less fortunate than you are.

Dah~ *nampak sangat entry merepek* Okbai! <3

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Beronggeng rokiah di i-City, Shah Alam

Wooot! i-City!~ Sape tak pernah pergi kan? Hehe. So, maleh la nak cite lebih2 sangat pasal tempat ni. Korang boleh la skodeng details pasal i-City ni kat sini. Banyak aktiviti boleh buat kat sini, sesuai banget la untuk photographer2, hang out ngan couple, memember & family.

MTV World Stage Live in Malaysia 2011

And latest event yang bakal dibuat kat i-City ni ialah MTV World Stage Live in Malaysia 2011 on 24th July! ^___^v So, artis yang akan perfom nanti ialah Thirty Seconds To Mars, Neon Trees, Beast and Pop Shuvit! Kalau korang nak dapatkan passes die, leh join contest kat MTV & Xpax. Good luck! Hajat di hati nak pegi jugak, nak nengok Beast je pun. Yang lain harem tak menarik hati pun. Kekeke.

I-City Shah Alam

Tapi sekarang bukan nak cite pasal MTV World Stage tu pun, ni nak tempek beberapa keping gambor time kitorang meroyan kat i-city tahun lepas. *cite tahun lepas, baru nak cerita :p* Den & Wani g lepak umah si Dot, sebab time tu kitorang dah abeh sem & Dot dah tak duk umah sewa. Then, alang2 dah g sane, kitorang singgah la kejap kat i-city ni. Jeles la sebab sume membe2 lain dah pegi, mane aci kan! :p

I-City Shah Alam - Hang Out Dengan Wani & Dot

Cantik banget! Den memang suka lampu2 bagai ni. Rase macam nak golek2 je kat dalam tu. Hehe. Dah jalan2 tu, nampak bebudak ramai pakai yang telinga arnab & riben kat kepala. Ape lagi! Kitorang pun beli la jugak. :p Comel kan? Kan? XD Abeh la kitorang pusing2 dalam tu. Ramai nau manusia ha, nak bergambar lebih2 pun susah. -___-” Dah fenat meroyan dalam tu, kitorang pun gerak balik. Ingat nak datang lagi, tapi skrg nak masuk kemain mahal lagi ha. ><” Kang kalau ada duit lebih, boleh la singgah lagi kat i-city tu. Kekeke. Okbai! <3

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Individual Photo Session with Ukiss

UKiss datang lagi! :p Kan haritu kitorang ade join lunch & showcase UKiss, so semalam Redstar dah releases indiviual photo kitorang with UKiss!~ <3 Punye la nebes nak nengok. Takut comot ke sememeh ke ape ke kan. Hehek :p Tapi lepas tengok tu, oke la. :p Nampak comel sebab bebudak U-Kiss tu pun psing comel2 je. *rase nak lempang2 pun ade sebab diorang comel nau!* :p

Individual Photo Session with U-kiss Malaysia

Abaikan muke den di situ. Keke. Comel kan mereka? Cakap comel cepat! *asah parang* Kalau korang cakap tak comel pun, ade den kesah? Hohohooo. Janji den dah dapat jumpe diorang. ^__^v Dah. Entry ni pendek je, nak tunjuk gambo tu je pun. Okbai sayam2 sume! <3

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)