Review – Fuuvi Biscuit Camera (Video Quality)

Heyooo~ Semalam ade la try record video pakai Fuuvi Biscuit Camera ni, saje nak tengok kualiti die. Urm, oke la kot. Gambar die pun biasa2 je, jadi video pun same jugak la, tak cantik mane. Die punye kepanjangan video, *betul ke ayat ni? :p* based on setting yang kite set. Kalau pakai Hi(640×480)/Ld, video pendek sikit la. Kalau pakai Lo(310×240)/Hd, video panjang tapi kena cari tempat cerah. Huhu.

Comel tak cik sugar glider i? :p Nanti ade mase baru nak post pasal mende kicik ni. Keke. Kalau pakai Biscuit Camera ni, audio tak dapat record sekali. Boleh la eh kualiti video die. Sesuai la dengan harga camera ni kan? :p Okeh, tu je. Babai bebeh :-*

Movie – Pirates of The Caribbean 4 : On Stranger Tides

Abeh layan 2AM Showcase haritu, kitorang g berjimba2 kat KLCC. Memula menambah lemak yang sedia ada kat Kyros Kebab. Den & pinat order Kebab with fries and si nik lak amek Jumbo chicken sausage wrap. Nyumeeeeh!~ Along lak layan McDonald. Kalau berkenan di hati, boleh la try eh. Untuk dessert lak, den order ABC spesel je. Mengidam kot.

KLCC - Kyros Kebab

Memandangkan wayang start pukul 11.20pm, terpaksa la kitorang melepak2 kat bawah tu sambil cuci2 mate tengok budak berdating. -.-” Sempat la jugak kitorang wat konsert kpop sekali kat situ. :p

Pirates Of Carribean 4

Seat kitorang dapat paling……. ‘best’ la kot. Depan sekali kot! Sakit tengkuk, belakang bagai. Wuwuuuu T_T” Okeh2, meh nak cerita sikit la pasal Pirates of The Caribbean 4 ni. Dia ade tambah watak2 baru macam Angelica (Penélope Cruz) as Jack Sparrow punya ex-gf, incit Blackbeard (Ian McShane) as lanun & pemilik kapal Queen Anne’s RevengePhilip (Sam Claflin) as mamat kuat agama, ala2 paderi gitu, Syrena (Àstrid Bergès-Frisbey) as ikan duyung dan ramai lagi lah. *fenat nak tulis sume weh*

So, untuk filem ni, diorang punya mission is to find Fountain of Youth (Telaga Awet Muda). Ramai la yang nak, kerajaan Spanish, British, si Jack sendiri dan Angelica. Angelica  nak kasi air telaga tu kat ayah die ( Blackbeard), sebab ade ramalan cakap ayah die bakal kena bunuh dek mamat berkaki satu aka si Barbossa. Barbossa nak bunuh Blackbeard sebab mamat tu dah curi kapal BlackPearl die & menyebabkan kaki die hilang sebelah. *paam tak? :p*

Cane ntah si Jack ni terjoin la crew Blackbeard tu dan kena la tolong diorang cari jalan untuk cari Fountain of Youth. Dalam masa yang same, Barbossa pun cari jugak dengan bantuan si Gibbs. Nak minum air telaga tu pulak, diorang kena ada silver chalices dari Juan Ponce de León & setitis air mata ikan duyung.  So, macam2 la diorang hadapi untuk jumpa telaga tu.

Jadi, korang cepat2 la tengok filem ni kalau nak tahu cane ending die. Dapat ke idok la diorang jumpa telaga tu. Hehehe. Lagi satu, lepas tengok filem ni, persepsi terhadap ikan duyung berubah sama sekali! Kemaen la ingat diorang ni ayu sopan bagai, rupe2nye makan orang kot! Kekeke. Tapi semua cantik2, body pun hot okeh! :p And pakwe angkat i, si Jack haruslah sentiasa ensem menawan dan sebagainye la. Hehe. Dah, nak bagitau tu je. Selamat mentengok! ^_^

*UPDATE*

Kalau korang nak tengok POTC yang before this, boleh tgk kat sini eh :
- Pirates of the Caribbean: At World`s End
Pirates of the Caribbean: Dead Man`s Chest
Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl

*Latest Update – 13 June 2011*

Now dah ada link untuk movie POTC 4
-  Pirates of The Caribbean 4 : On Stranger Tides

Digi Live Kpop 2AM Showcase in Malaysia

Wehoooo~ Lepas penat meroyan time 2Am autograph session, tibalah masa untuk 2AM showcase pulak! Yeah! Mende alah ni pada 21 Mei 2010, bertempat di Wisma MCA, Jalan Ampang. Kat tiket tulis start pukul 6pm, tapi tak mungkin la kan. Basi2 pun lepas magrib baru start. Huhuhu. So, den, nik, pinat, along & nad gerak from rumah nik lepas Zohor gitu. Pastu kitorang sempat menambah lemak kat KLCC dulu sementara tunggu kawan nik 2 orang,datang join.

2AM showcase in Malaysia

Dah abeh melantak, kitorang pun gerak la ke Wisma MCA tu. Kitorang punye tix Zone A, punye la ramai manusia kat zone tu. -_-” Memang sempat la mandi peluh dulu before dapat masuk. *Wisma MCA tu xgeti pasang aircond agaknye* Sambil2 beratur tu, sempat la usha2 manusia2 kat situ. Fanboy ramai kot! Jarang nampak fanboy datang. Time SJ dulu pun ramai fangirl je. Huhu. Dah masuk tu, kitorang dapat seat yang oke la~~ Tak depan nau, tak belakang nau jugak. Nampak la muke diorang tu. Hehehe.

2AM showcase in Malaysia - game

Dan seperti biasa la, sementara tunggu pakcik2 2AM tu datang, MC tu ajak main games!~ Diorang main game yang teka2 lagu macam dalam Oh My School tu. Yang menang dapat poster with 2AM’s sign. Tak lama lepas tu, 2AM pun datang! Yeah!!~ Pastu ade ramai jugak la fans yang terpilih untuk main games ngan diorang atas stage tu. Siap dapat pegang peluk bagai! ><” Jinwoon si mata kicik tu gatai! Die peluk2 fans kat atas tu. *jeles! rase nak baling kerusi je!*

2AM showcase in Malaysia - birthday

Dan kebetulan jugak, Jinwoon, Changmin & Seulong punye besdey bulan Mei. So, MC suruh kitorang buat surprise by nyanyikan besdey song in hangul & malay. Pastu diorang bawak keluar kek bentuk KLCC!~ Comel! Hehe. Dan some fans dapat peluang untuk bagi hadiah kat diorang by hand.

2AM showcase in Malaysia 3

Kita pun tau yang suara diorang mmg sangat la best even nyanyi live pun. Dalam 5 6 lagu kot diorang nyanyi malam tu. *tak ingat sangat* Mendayu2 la jugak, dah rasa macam kena dodoi pun ade. Kekeke. Really hope diorang boleh buat konsert sekali dengan 2PM ke nanti kat sini. Hehe. Tak sure lak showcase ni abeh bile. Tak lama sangat pun kot. Dalam 1jam lebih kot. Kot la. :p Lepas habis showcase tu, kitorang pun ape lagi!~ Serang stage la, amek gambo, meroyan bagai kat atas tu :D

2AM showcase in Malaysia 2

Inilah muke2 fenat lepas menjerit kemeroyanan. :p Abaikan kesengalan kami. Ade jumpe jugak ngan Rashid’s sister, sempat ambik gambar sekeping dua ngan diorang. Hehe. Okeh, tu je nak bagitau. ^_^v

Digi Live Kpop 2AM Autograph Session

Akhirnya! Dapat jugak jumpa si 2AM ni. Hehe. Haritu si nik, pinat & nad g speedy, pastu diorang rembat album Saint O’clock from 2AM & tetiba dapat pas untuk sesi autograf & tix showcase Zone A! So, diorang pun belikan la untuk den sekali. Memang seronok gile la sebab dapat jumpe diorang face to face kan? Hehehe.

2AM Autograph session

Even kami ni ELF tegar, kami tetap sokong idol lain! ^_^v So, sesi autograf ni berlaku pada 20 Mei 2010, pukul 7pm di Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara. *skema abeh* Geng kitorang yang join this event are pinat, nik, along, nad, k.mira, k.ayu & mings_licker. Kitorang gerak lepas asar gitu, tu pun dah ramai manusia kot kat situ. And den berbaju kurung! *nak ngurat jinwoon*

2AM Autograph session 2

Before 2AM tu datang, si MC (lupe nama) ade la buat game untuk hiburkan hati. Die panggil fans naik stage & kena nyanyi lagu 2AM. Sorang budak ni, Nasha kot name die, suare best giles okeh! The rest tu dapat poster with 2AM’s signs and Nasha ni dapat take picture with 2Am!! *gile jeles sebenarnye ><”*

2AM Autograph session 3

Tak lama lepas tu, 2AM pun naik stage. Diorang mmg SGT hensem okeh! Puteh melepak-lepak lah. Seriously! O.o. Bile tengok dalam MV, si Changmin & Seulong takde la cerah nau kan, tapi aritu mmg puteh sume. Ala2 glowing2 gitu muka diorang. Kekeke. Tak kesah la puteh ke hitam ke kelabu ke, diorang ensem jugak :p Diorang nyanyi 1 lagu je malam ni *yela, showcase nye esok kan* & kitorang pun start la line up untuk sesi autograf!~ Saje beratur lambat2, leh tenung diorang lame2 sikit kat atas tu. Hehehe. Memang berdebar + happy + teruja + segan sume ade la :p

Dah sampai betul2 depan diorang tu macam…. terkaku gitu :p Sebenarnye before naik stage, macam2 kitorang plan nak buat depan bebudak tu. Tapi tak buat semua pun, teruja punya pasal. Kekeke. Diorang sangat friendly! ^__^v Sempat la cakap 2 3 patah perkataan ngan diorang. Sebab manusia ramai bebenor, takleh lame2 sgt duk depan diorang. Tenung muka diorang tu wajibalghunnah la kan? Hehe. Takpe, nanti boleh tendok diorang lagi time showcase. Hehe.

2AM Autograph session 4

Jadi, inilah hasil die!~ Sah2 la dapat sign je kan, takkan die nak bagi Jinwoon/Changmin lak seketul. Dah name pun autograph session. -__-” *tapi kalau die kasi bebudak tu, mmg den sumbat masuk beg terus la! :p* Abeh je mende alah ni, seperti biasa, kitorang pun g la mencekik tuk menambah lemak. Tambah stamina untuk g showcase diorang lak kang. Hehehe. Nanti update pasal showcase 2AM pulak. Bai! <3

Beronggeng rokiah di The Street Cafe Sunway

Suka try makanan baru? Meh makan Korean food pulak. ^___^v Semalam den, pinat & nik beronggeng rokiah sambil menambah lemak kat The Street Cafe, Sunway. Alang2 nak balik Dungun, singgah la situ kejap tuk mengubat kegianan nak makan mende alah ni. Sebelum ni dah pernah try makan kat sini. Kalau sape2 yang suke Korean food, mesti dah biasa kot datang situ.

The Street Cafe

Kedai nye idoklah besor sgt~ Sedang2 la. So, kitorang bertiga pun orderlah ‘sedikit’ makanan tuk alas perut :p Untuk main dish, kitorang order 3 Street Bbq Chicken Set (Sweet bbq chicken, rice, kimchi, soup), air coke, sprite & teh ape ntah lagi satu. Yang teh tu korang boleh refill banyak2 kali sampai kembung perut ye :p Untuk side dish pulak, kitorang rembat pancake (original), 2 chicken stick (korean bbq chicken) & raboki (original). Terlebih cukup kot untuk 3 orang manusia makan. Kekeke.

Menu di The Street Cafe

Yang kitorang order ni semua sedap2! Recommended! Nak2 yang chicken stick tu. Uihhh~ Sedap benor! :p So, korang boleh la try jugak kalau berkenan di hati. Harga makanan kat The Street Cafe ni pun tak la mahal sangat. Standard kedai makan lain jugak. Kat area2 sini pun ade kedai Taiwanese food & Japanese food sekali.

The Street Cafe - ELF Gathering

Dan seperti biase la, selca tu wajibalghunnah! :p Takde la selca nau pun, sebab pakai instax, tak reti nau nak selca. Kekeke. Sempat la kitorang habiskan beberapa keping filem tu semalam. Hehehe. So, kalau korang nak pergi The Street Cafe ni, ni ade info sikit untuk rujukan korang.

The Street Cafe,
Lot 197 Asian Avenue,  F Floor, Sunway Pyramid Mall

Facebook Page
Official Webpage

Beronggeng rokiah di Taman Seribu Bunga

Taman Seribu Bunga kauuu~ Name je seribu bunga, tapi rasenye ade dalam 4 5 ribu jugak la kot bunga kat situ *idok lah di kira bunge2 di situ* Zaman2 belajar dulu pernah la jugak g Taman Seribu Bunga ni, saje nak berenang dalam lautan bunga. -.-”

Taman Seribu Bunga Melaka

Abaikan saje model2 dalam gambar tu yek. ><” Taman Seribu Bunga ni kat Ayer Keroh, Melaka. Dekat area Seri Negeri la. *sebenarnye tak tahu nak terangkan camne :p* Taman ni tak ramai orang sangat, kiranya takde la macam tumpuan pelancong. Tapi cantik! Sape2 yang suke bunga ke, nak dating2 ke, boleh la datang sini. Nak buat photoshoot untuk wedding pun sesuai. Masuk pun percuma aje.

Taman Seribu Bunga Melaka 2

Taman Seribu Bunga Melaka - Rumah Tradisional

Kat sini ade mcm rumah tradisional gitu. kot. Bukan la bunga je semata2. Huhuhu. So korang boleh la memenuhkan memory camera korang dengan aksi2 mengikut selera. Ni kitorang meronggeng lepas present ape ntah, tu sume sopan2 ala2 perempuan melayu terakhir je sume. :p Time praktikal pun kitorang sempat jenguk Taman Seribu Bunga ni lagi sekali. Hehehe..

Taman Seribu Bunga Melaka - Lompat!

LOMPAT! Yeah! Ni lagi satu acara favorite kitorang kalau g mane2. Hehehe.. Gambar yang 1st tu.. er.. antara percubaan2 kitorang tuk lompat la kan. Tapi harem satu pun tak jadi. -.-” Setelah berusaha dengan sepenuh hati *cheewah~ ayat tak leh blah* kami berjaya melompat dengan jayanya!! *srrroooooot~ kesat air mata terharu :p*

So, kalau korang suke tempat2 mcm ni, tuk isi masa lapang ke, boleh la g Taman Seribu Bunga ni. Nak kira bunga2 kat situ cukup seribu ke idok pun boleh. -.-” Ni kat bawah, den ade kasi bunga tuk korang2 sume. Babaiiii~ <3

Taman Seribu Bunga Melaka - Bunga